FIBROID adalah antara ketakutan wanita. Masakan tidak, majoriti dalam kalangan kaum Hawa terpaksa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan terbabit.

Menyentuh tentang isu kesihatan itu, baru-baru ini tular seorang wanita yang baru sahaja menjalani pembedahan membuang rahim tiga minggu lalu akibat ketumbuhan fibroid.

Menerusi muat naik entri di Tiktok beliau @reenaSuhaimi, beliau mengalami pendarahan dan sentiasa lemah disebabkan kekurangan darah di dalam badan. Disebabkan itu, pembedahan terpaksa dijalankan.

Baca juga Risau kerap senggugut setiap bulan? Teknologi HIFU bantu rawat, pelihara kesuburan wanita

Kata Reena, selepas melalui prosedur berkenaan, badannya tidak lagi lesu dan tiada pendarahan berlaku.

 

@rena_baik syukur. badan dah tak lesu.Tanpa rahim tapi masih punya OVARI. syukur ovari kau masih kekal di situ.#tanparahim #fypシ゚viral #ramadhan2022 ♬ Kesepian – Vierra

“Keputusan membuat rahim itu adalah jalan terbaik,” katanya sambil berkata, beliau bersyukur kerana masih mempunyai ovari.

Untuk mengetahui lebih terperinci tentang fibroid, SinarPlus merujuk Hello Doktor.

Fibroid merupakan sejenis ketumbuhan di dalam rahim yang terdiri daripada otot dan tisu berserat serta mempunyai ukuran yang berbeza-beza.

Terdapat beberapa simptom sekiranya ketumbuhannya lebih besar. Antaranya:

– Pendarahan haid yang berlebihan atau menyakitkan.
– Pendarahan antara haid.
– Kembung.
– Kerap buang air kecil.
– Sakit semasa berhubungan seks.
– Sakit belakang.
– Sembelit.
– Keputihan kronik.
– Ketidakupayaan membuang air kecil.
– Perut kelihatan buncit.

PEMBUANGAN FIBROID

Menurut Hello Doktor, corak pertumbuhan fibroid rahim berbeza-beza sama ada ia tumbuh dengan perlahan atau cepat.

Baca juga Jangan ambil mudah cengkaman senggugut, masalah kebanyakan wanita setiap bulan

Terdapat juga wanita yang mengalami pertumbuhan dan sesetengah kes akan menyusut atau hilang setelah kehamilan kerana rahim kembali pada ukuran normal.

Risiko membuang fibroid itu wujud sekiranya disahkan mempunyai ketumbuhan pada rahim.

Iklan

“Biasanya, doktor akan mendiagnosis risiko membuang fibroid dengan mengambil kira ukuran, jumlah dan faktor usia pesakit sebelum menentukan sebarang rawatan bersesuaian,” kata Hello Doktor.

Dalam pada itu, wujud satu keadaan yang mana keperluan untuk prosedur histerektomi (membuang rahim) digunakan untuk merawat keadaan kesihatan wanita. Antaranya:

i. Fibroid rahim menyebabkan kesakitan, pendarahan rahim dan masalah lain. Pembedahan perlu dilakukan terutamanya apabila penggunaan ubat gagal.

ii. Keadaan rahim turun ke saluran dan di luar faraj yang dikenali sebagai prolaps rahim.

iii. Mengalami kanser rahim, serviks dan ovari.

iv. Menghidap endometriosis, keadaan sel-sel rahim berkembang di luar dinding rahim.

Iklan

v. Pendarahan tanpa sebab selepas bersalin.

Bila membaca huraian tentang fibroid, memang agak menakutkan, bukan?

Justeru, nasihat kami, sentiasalah menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun supaya pengesanan awal dapat dilakukan.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI