PENULARAN wabak Covid-19 semakin merisaukan apabila angka kematian semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Ketika krisis ini, barisan hadapan yang paling banyak berkorban tenaga pastinya pasukan perubatan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa penghidap virus berkenaan.

Menyedari hal tersebut, Sinar Harian tampil melancarkan Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian bagi membantu barisan hadapan Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam memerangi penularan wabak tersebut.

Tabung itu membolehkan rakyat di negara ini turut sama tampil membantu barisan hadapan bagi mengumpul dana kelengkapan perlindungan diri atau personal protective equipment (PPE) dan makanan yang ternyata mencuri tumpuan warganet.

Antara kelengkapan amat diperlukan hospital dan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan ialah:

  1. Pembersih tangan
  2. Penutup mulut dan hidung
  3. Apron
  4. Jangka suhu
  5. Pendingin hawa bergerak
  6. Khemah untuk penempatan pemeriksaan saringan

Usaha murni itu disambut baik oleh ramai pihak termasuk orang kenamaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang ramai sejak ia dilancarkan.

Memetik komen warganet di Facebook Sinar Harian, Tamrin R, “bersedekahlah walaupun sepuluh sen, kerana ALLAH nak kita semua bersedekah untuk menolak bala. Semoga ALLAH merahmati kita semua.”

Herman Tino pula berpendapat, “kutipan yang bermanfaat..sesama kita membantu,” tulisnya.

Warganet sambut baik Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian

Iklan

 

 

Walaupun kerajaan sentiasa tampil dengan pelbagai usaha dalam mengekang penularan virus ini, keprihatinan dan usaha pihak Sinar Harian terhadap petugas hospital, barisan pertahanan negara dan mereka yang memerlukan disambut baik.

Iklan

Sehingga kini, jumlah kutipan mencecah RM294,846.42 setakat jam 9.30 pagi hari ini. Angka kutipan tersebut pastinya menunjukkan tanda-tanda positif bahawa orang ramai masih menyambut baik setiap apa usaha yang dilakukan bagi membantu petugas-petugas barisan hadapan.

Setiap sumbangan sama ada besar atau kecil adalah amat bermakna dan akan disalurkan untuk tujuan pembelian kelengkapan perubatan yang kritikal dan keperluan lain bagi membantu usaha pemulihan pesakit-pesakit yang dijangkiti wabak ini.

Oleh itu, bagi anda yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025 dan sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan menerusi talian 019-6680920 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja).