'Well done Ainul...cium sikit' - Dr Amalina

ainul amalina
April 23, 2020
Oleh Izyan Liyana

PERKEMBANGAN terkini adik, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang bersuara pada usia setahun lapan bulan mendapat perhatian pelatih pakar bedah warganegara Malaysia di London, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Menerusi laman sosial Instagram @_nrlerwani milik ibu bayi tersebut, Dr Amalina meninggalkan komen positif dan mencuit hati terhadap Ainul Mardhiah.

"Clever girl, well done Ainul!. Cium sikit," coret beliau ringkas.

Pujian itu ditujukan susulan Nurul Erwani Zaidi memuat naik video gelagat anaknya mengeluarkan suara sambil menutup tiub tracheostomy (trachy) yang dipasang pada leher.

"Alhamdulillah... syukur. Ini (mengeluarkan suara) semua Ainul buat sendiri. Tengah tengok Omar & Hana tiba-tiba dia keluarkan suara.

"Dah lama mama dan walid tunggu saat seumpama ini," tulis Nurul Erwani yang bersyukur dengan progres permata hatinya itu.

Iklan

Terdahulu, Dr Amalina juga memuat naik di laman Twitter dua keping foto Ainul Mardhiah yang tampak comel dengan potongan rambut baharu.

ainul amalina
DR AMALINA berkongsi kokeksi foto rambut baharu Ainul Mardhiah di dalam laman sosial Twitternya.

Kata beliau: "Saya terima gambar baru daripada ibu Ainul, alahai comelnya rambut baru."

Umum mengetahui Ainul Mardhiah cukup dekat di hati Dr Amalina.

Iklan

Ia berikutan pada tahun lalu doktor terbabit mengambil inisiatif mengatur pembedahan membuang tumor seberat 200 gram pada bahagian mulut bayi tersebut di Hospital Kanak-Kanak London.

Selepas lima jam pembedahan yang dijalankan oleh Dr Amalina bersama pasukan diketuai Ketua Unit Kraniofasial, Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong berjaya dilaksanakan.

Susulan kejayaan pembedahan itu Ainul Mardiah menunjukkan perkembangan positif dari semasa ke semasa.

Foto dan video: Facebook, Ahmad Safiuddin, Instagram, @_nrlerwani , @dramalinabakri