Wira harungi pandemik bersara, 35 tahun menabur bakti, jasa Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus dikenang

Wira harungi pandemik 35 tahun menabur bakti, jasa bakti Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus dikenang

TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah wajah yang biasa kita lihat di kaca televisyen dan siaran langsung di laman sosial pada saat negara berdepan situasi genting virus Covid-19.

Setelah menabur bakti kepada negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham akan bersara wajib pada 21 April.

Baca juga: #SiBibirMerah: Katil ICU dah tak cukup, kekal duduk di rumah- Dr Noor Hisham

Jasa dan bakti beliau kepada bidang kesihatan selama 35 tahun terutamanya ketika Malaysia berperang dengan pandemik Covid-19 akan tersimpan rapi dalam lipatan sejarah negara.

 

Beliau dianggap kapten oleh rakyat negara ini kerana usahanya memberikan maklumat terkini mengenai Covid-19 di media sosial, berlandaskan rumusan berasaskan fakta dan statistik.

Iklan
Iklan

Berikut 10 fakta mengenai Dr Noor Hisham:

1-Beliau dilahirkan dengan nama asalnya Yew Ming Seong di Sepang, Selangor pada 21 April 1963 dalam sebuah keluarga miskin berbangsa Cina.

2- Beliau ialah anak kedua daripada tiga beradik dan menghabiskan zaman kanak-kanaknya di perkampungan Fuzhou di Sungai Pelek.

3-Beliau tinggal bersama ibunya yang berstatus ibu tunggal di pangsapuri San Peng, Pudu, Kuala Lumpur dan memperoleh pendidikannya di Sekolah Menengah Methodist Kuala Lumpur.

Baca juga: 10 fakta Tun Tengku Maimun, lakar sejarah Ketua Hakim Malaysia wanita pertama

4-Beliau berjalan kaki menuju ke sekolah di Sentul bersama adik bongsunya. Akibat keadaan keluarganya yang serba kekurangan, Yew telah dijaga oleh pengetua di Kolej Islam Klang (KIK) di mana beliau menyambung pelajarannya.

5-Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

6-Beliau berkahwin dengan anak perempuan bapa angkatnya, Nik Suwaida Nik Mohyideen dan menukar namanya kepada Noor Hisham Abdullah. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran empat cahaya mata lelaki dan dua cahaya mata perempuan.

7-Dr Noor Hisham dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013 menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

8-Sebelum itu, beliau Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008 dan pakar bedah kanan dan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya.

9-Beliau mendapat latihan dalam pembedahan endokrin di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney, Australia. Dr Noor Hisham banyak menulis dalam jurnal tempatan dan antarabangsa berkaitan pembedahan endokrin manakala kepakarannya adalah dalam bidang kanser endokrin payudara.

10-Pada 2020, beliau dan Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin bertanggungjawab dalam menangani wabak Covid-19 yang menular di Malaysia. Beliau juga menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2020.

Baca juga: “Emak tulang belakang terkuat, didikan bapa bentuk diri.” – Ustazah Asma’ raih anugerah Tokoh Sayidatina Aishah

Warganet menitipkan ucapan penghargaan dan selamat bersara kepada tokoh perubatan itu.

– “Selamat bersara Tan Sri. Jasamu tetap dikenang. Wishing you the best of health and retirement life..”

– “Selamat bersara wira negara terima kasih atas jasa bakti.”

– “Terima kasih Tan Sri, selamat bersara.Jasa, pengorbanan Tan Sri amat besar pada negara.”

– “Thank you for your service Tan Sri wishing you the best in your new journey

Baca juga: Sediakan 40 liang lahad untuk jenazah Covid-19 sehari, penggali kubur terima Anugerah Tokoh Frontliner Khas

Sumber & kredit foto: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Azma ML

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

3 hours ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

5 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

8 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

10 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

14 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

15 hours ago