PUTERI duyung Ariel dalam filem animasi The Little Mermaid selalu menjadi watak imaginasi kanak-kanak. Tapi kalian, di Malaysia kini ada jurulatih duyung Muslimah pertama. Aksi lincah Nur Fathiyah Mahfuz melibaskan ekor sambil berenang di dalam laut menarik perhatian.

Mitos Yunani purba mengatakan ikan duyung selalu menggoda pelaut dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Ada juga mengaitkan duyung sebagai makhluk separuh manusia dan separuh ikan. Cerita ikan duyung ni ada dalam hampir semua masyarakat di dunia. Kebanyakannya bersandarkan kepada mitos dan dakwaan pihak tertentu yang kononnya pernah jumpa.

Berbeza dengan puteri duyung Ariel yang popular dalam The Little Mermaid, Nur Fathiyah, 37, memakai kostum yang mengekalkan imej Muslimah.

Baca juga: Tampil anggun berhijab, Nasha Aziz curi perhatian di pertunjukan fesyen Muslimah Munawwareen

Tangkap layar video The Shore Oceanarium Melaka.

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di sebuah hospital swasta itu mengenakan pakaian renang berketebalan sesuai, tidak jarang dan ketat serta menutup keseluruhan badan, ketika melakukan aktiviti berenang dan menyelam.

“Saya mahu mengubah persepsi dan penerimaan masyarakat bahawa sesiapa sahaja boleh merealisasikan impian menjadi duyung dan menikmati keindahan dasar lautan,” katanya.

Nur Fathiyah daripada Persatuan Jurulatih Selaman Profesional (PADI) difahamkan merupakan Jurulatih Duyung Melayu Muslimah dan berhijab pertama di rantau Asia Pasifik. Beliau mula berenang dan menyelam dengan kostum ikan duyung sejak lebih dua tahun lepas mencipta kelainan.

Baca juga: Siti Hurrairah pengerusi negara Shell wanita pertama, 10 info menarik mengenainya

Tangkap layar video The Shore Oceanarium Melaka.

Bukan calang-calang aktiviti wanita ini di lautan. Kemahiran dimiliki juga hebat. Selain melakukan aktiviti menyelam pada kedalaman sekitar 10 meter di laut tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan dan gogal, Nur Fathiyah pernah menyertai persembahan di Shore Oceanarium Melaka bertemakan ‘Save The Ocean’ November tahun lepas untuk mewujudkan kesedaran mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan laut.

Baca juga: 10 fakta Tun Tengku Maimun, lakar sejarah Ketua Hakim Malaysia wanita pertama

Kredit foto: Facebook Nur Fathiyah

 

Nak dapatkan title jurulatih duyung pun bukan mudah ya. Pemegang ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bioteknologi Persekitaran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata beliau menjalani latihan dan kursus dikendalikan Pengajar Jurulatih Duyung PADI yang berpusat di Shah Alam, Selangor.

“Kami juga perlu mendapat kelayakan dan pengiktirafan sebagai Duyung Lanjutan PADI dengan menjalani latihan menyelam memakai sut renang ikan duyung sekurang-kurangnya 15 sesi selaman termasuk tiga atau lebih selaman di dalam laut pada kedalaman 10 meter,” katanya.

Baca juga: Wah syoknya! Wanita kongsi itenerari backpack 5 beranak jelajah Surabaya, Malang, Yogyakarta, Bandung, Bogor, Jakarta, puas berjalan, makan-makan

Iklan
Kredit foto: Facebook Nur Fathiyah

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata beliau juga perlu menjalani kursus antaranya Tindak Balas Pertama Kecemasan (EFR) Penjagaan Utama dan Sekunder, latihan kemahiran air seperti berenang sejauh 400 meter dan mengapungkan diri selama 10 minit, selain kemahiran di dalam air seperti cara pernafasan yang betul, ‘duck dive’ dan ‘dolphin kick’.

Setiap aktiviti ada risikonya tersendiri. Kata Nur Fathiyah melakukan aktiviti air dengan gaya ikan duyung amat mencabar. Seseorang boleh kejang kerana berenang dengan kostum ikan duyung memerlukan kedua-dua kaki bercantum menjadi satu dalam monofin dan kostum ekor.

Kredit foto: Facebook Nur Fathiyah

“Aktiviti selaman di dalam laut mendedahkan ‘ikan duyung’ dengan cabaran seperti ketumpatan air, tekanan, suhu, jarak penglihatan dan arus bawah air. Risiko lemas juga ada,” katanya.

Sering berkongsi pelbagai aktiviti air dengan memakai kostum ikan duyung di media sosial, Nur Fathiyah yakin dengan latihan kemahiran mencukupi, aktiviti menyelam dan berenang gaya ikan duyung menjadi satu aktiviti menyeronokkan.

Baca juga: Atlet MMA wanita, Victoria Lee meninggal dunia pada usia 18 tahun

Iklan
Kredit foto: Facebook Nur Fathiyah

Bagi membolehkan lebih ramai Muslimah menyertai aktiviti itu, Safety and Health Officer itu ingin membuka perniagaan berkonsepkan ‘Muslimah Mermaid’ yang menawarkan perkhidmatan antaranya solekan asas, fotografi di dasar laut serta jualan produk seperti pakaian renang.

Wah, unik sekali konsep Muslimah Mermaid ini kan? Nak mendapatkan title jurulatih pun bukan kaleng-kaleng latihannya, kena lalui proses dan ujian profesional. Moga pencapaian hebat Nur Fathiyah ini menjadi inspirasi wanita dalam mencungkil bakat diri.

Baca juga: Wanita Semai raih ijazah 1st class di UK bercita-cita jadi perancang bandar profesional

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi