Yang di-Pertuan Agong berkenan santuni 49 gelandangan

Yang di-Pertuan Agong berkenan santuni 49 gelandangan
June 10, 2020
Oleh Meen

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sinonim dikenali dengan sifatnya yang berjiwa rakyat.

Baginda berkenan mengurniakan sumbangan kepada komuniti gelandangan di Pusat Penempatan Gelandangan Desa Tasik Cheras hari ini.

Pemberian sumbangan yang disempurnakan Al-Sultan Abdullah itu adalah bersempena dengan Majlis Pengurniaan Sumbangan Ampun Kurnia.

Ini aktiviti pertama Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat hadir, yang diadakan di luar Istana Negara, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada 11 pagi ini disambut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Iklan

Seramai 49 gelandangan menerima sumbangan berbentuk barang keperluan harian dan wang tunai pada majlis itu yang berlangsung mengikuti tatacara kebiasaan baharu.

Yang di-Pertuan Agong berkenan santuni 49 gelandangan

Iklan

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke majlis itu mencerminkan keperibadian tinggi menyantuni golongan gelandangan di Kuala Lumpur.

“(Ia juga mencerminkan) keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap golongan ini yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis itu dianjurkan  bersamaoleh  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, atas titah perkenan Al-Sultan Abdullah untuk membantu golongan berkenaan.

Daulat Tuanku.

About Meen

Biodata Penulis