BAGI korang yang pernah mengunjungi Taman Tasik Taiping pasti akan mengingati pemandangan menghijau yang dikelilingi pokok hujan-hujan atau nama saintifiknya Samanea Saman.

Tahukah korang daripada daripada 40 pokok ikonik di Taman Tasik Taiping yang mana 38 daripadanya adalah pokok hujan-hujan manakala selebihnya melibatkan pokok brazillian night dan angsana.

Salah satu daripadanya dilaporkan berusia 135 tahun telah tumbang susulan ketidakseimbangan struktur dan dibadai ribut pada 22 Februari 2022.

Baca juga: 136 Tahun Berdiri Gagah, Pokok Ikon Taman Tasik Taiping Disahkan Reput, Berikut 7 Info Mengenainya

Namun apa yang melegakan, pokok era kolonial yang terletak di Raintree Walk taman itu akan dibaik pulih.

Menurut Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir, pihaknya akan memastikan pokok ini diselamatkan dengan kadar segera dan sebaik mungkin.

“Orang awam juga dinasihatkan tidak melakukan apa-apa aktiviti di kawasan tersebut bagi mengelakkan kerosakan kekal kepada pokok yang tumbang,” katanya.

Baca juga: Bangganya! Pokok cengal terbesar dunia ada di Terengganu, sama tinggi bangunan 20 tingkat

Kerja-kerja pemulihan pokok tersebut adalah termasuk menegakkannya semula, dengan sebahagian dahan akan dipangkas serta bahagian akar serta tanah dirawat.

Bagi memastikan ia selamat, pokok tersebut akan berada dalam pemantauan dan selenggaraan untuk tempoh 12 bulan sehingga ia pulih.

MPT dilihat amat proaktif dalam menghargai anugerah alam di tasik itu. Sebagai langkah mengurangkan risiko pokok lain yang dalam keadaan serupa tumbang, mereka akan menyediakan sokongan penampan dalam masa terdekat selain melakukan rawatan akar.

Baca juga: Dianggap wira, lelaki Turki tanam lebih 30 juta pokok, berjaya ubah tanah tandus jadi hutan

Terdahulu difahamkan, empat batang pokok hujan-hujan yang ditanam telah tumbang termasuk salah satunya dilaporkan menerusi SinarPlus baru-baru ini.

Iklan

4 FAKTA MENARIK POKOK HUJAN-HUJAN

  • Samanea saman atau pokok hujan-hujan berasal dari Amerika Selatan dan dibawa masuk ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1876.
  • Pokok ini mempunyai ‘tabiat’ unik yang mana daunnya akan terlipat pada waktu senja atau ketika hujan. Maka ia dinamakan pokok hujan-hujan.
  • Pokok hujan-hujan boleh mencapai sehingga ketinggian 15b hingga 25 meter (49 hingga 82 kaki).
  • Sebatang pokok hujan-hujan gergasi setinggi 60 meter (200 kaki) pernah ditemui di Tobago pada tahun 1960.

5 INFO TAMAN TASIK TAIPING

1. Taman Tasik Taiping telah dibangunkan dari idea asal seorang Penguasa Polis yang bertugas di Taiping pada tahun 1884 iaitu Kolonel Robert Sandilands Frowd Walker.

2. Ia dibina di atas tapak bekas perlombongan bijih timah di kawasan Klian Pauh atau Taiping.

3. Taman Tasik Taiping dibangunkan secara asalnya mengikut konsep ‘Rolling Meadows’, iaitu konsep mengadaptasi kawasan hijau dan lapang berkontur dan pokok-pokok besar sebagai elemen utama serta tasik sebagai pelengkap lanskap.

Iklan

4. Dalam catatan sejarah, ketika ia dibangunkan, taman itu kelihatan seolah-olah menyamai Kensington Park di London, iaitu sebuah taman awam yang tersenarai dalam lapan ‘Royal Park’ tercantik di sana.

5. Taman berkeluasan 64 hektar itu menjadi rumah kepada lebih 2,500 batang pokok dari lebih 75 spesies termasuk spesis eksotik seperti teratai putih, pokok seroja, pokok tembusu, pokok hujan-hujan, pokok Brazilian Nut, Jacaranda Filicifolia serta pelbagai spesis tempatan.

Baca juga: Pokok durian gergasi 62 tahun di Taiping, tarik perhatian netizen

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Taiping, mptaiping.gov.my, FRIM