5 cara mudah nikmati percutian, lupakan sebentar tugasan kerja

July 1, 2020
Farah Eliani

SEUSAI sibuk bekerja sepanjang tahun, dapat manjakan diri dengan melancong pastinya sesuatu yang semua orang nanti-nantikan.

Ada kajian mendapati melancong sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan.

Perlu juga diketahui, melancong bukan sahaja dapat memberi korang peluang untuk mengembara ke lokasi baru, tetapi juga boleh mendapat pelbagai pengalaman menarik dan menambah kenalan baru.

Berikut adalah beberapa cara mudah untuk berehat dan menikmati percutian korang tanpa gangguan:

1. Membuat perancangan teliti

Pertimbangkan semua projek yang mungkin memerlukan perhatian semasa korang tiada. Jangan lupa, tulis ‘peranan’ bagi mereka yang menggantikan korang supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan persediaan jika berhadapan dengan masalah di tempat kerja.

Korang juga boleh berikan nama dan nombor kenalan yang mungkin perlu dihubungi jika berlaku sebarang masalah. Di samping itu, cubalah merancang lebih awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan cabaran yang mungkin timbul semasa berehat dan bagaimana ia dapat diselesaikan atau dielakkan sepenuhnya semasa ketiadaan korang di pejabat.

2. Maklumkan ketiadaan korang

Berikan notis kepada kenalan utama bahawa korang akan berada di luar pejabat dan beritahu mereka individu yang ditugaskan sebagai pengganti diri korang.

Bukan apa, ia adalah sebagai satu persediaan semasa korang bercuti sahaja.

3. Selesaikan komitmen kerja terlebih dahulu sebelum bercuti

Lakukan persiapan yang terbaik untuk menjaga beberapa hari terakhir sebelum korang bercuti agar percutian korang ‘bebas’ dengan sebarang mesyuarat dan aktiviti tidak penting.

Dengan cara itu, korang dapat menumpukan perhatian sepenuhnya semasa bercuti.

Dengar agak mudah, tetapi diakui sebilangan pekerja merasa sukar untuk menyelesaikan setiap tugas sebelum bercuti. Jadi, rancanglah awal dengan membuat senarai semak beberapa minggu sebelum cuti bermula.

4. Bersedia untuk kembali bekerja

Ingat bahawa sebahagian daripada persiapan percutian adalah persedian untuk hari-hari ketika korang akan kembali bekerja. Pertimbangkan projek atau tugasan yang memerlukan perhatian segera semasa korang tiba nanti ya…

5. Jauhkan diri daripada telefon

Salah satu cabarannya ialah kebanyakan kita menggunakan telefon pintar untuk berhubung bukan sahaja kehidupan kerja kita, tetapi kehidupan peribadi kita juga.

Perlu tahu, sebaik sahaja korang menggunakan telefon pintar, akan menjadi sukar untuk mematikan mood kerja sama sekali. Jadi bagi sesetengah orang yang tidak menggunakannya semasa bercuti adalah pilihan terbaik.

Oleh itu, nikmatilah sebaik-baiknya percutian korang. Pastinya, korang mungkin akan lebih bersyukur untuk masa yang dihabiskan bersama orang terdekat dan tersayang. Selamat bercuti!

Sumber: roberthalf.com

Komen

About Farah Eliani

Biodata Penulis