PERCUTIAN yang mewah sangat didambakan oleh semua orang. Apatah lagi apabila tiba-tiba sahaja rasa nak pergi bercuti tetapi tak sempat nak menabung. Betul tak?

Selain aspek keselesaan yang dititikberatkan, pelbagai lagi ‘kemewahan’ yang perlu korang impikan.

Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk bercuti mewah tanpa mengorbankan keseluruhan simpanan. Jom lihat beberapa tip di bawah!

1) Bijak memilih tarikh percutian

Pemilihan masa percutian ternyata menjadi salah satu penentu belanjawan yang akan korang belanjakan kerana harga tiket pengangkutan dan penginapan akan melonjak secara mendadak pada masa-masa tertentu.

Jadi, dapatkan tawaran harga menarik dengan merancang percutian pada masa sesuai untuk dapat merasa mewah dengan harga yang berpatutan.

2) Pilih destinasi tidak popular

Korang tidak perlu risau tentang kemudahan di sana. Walaupun belum cukup popular, beberapa destinasi pelancongan sudah disokong oleh hotel dan akses pengangkutan yang mencukupi.

Kadangkala, penginapan bertaraf antarabangsa yang sederhana senang dijumpai. Sekiranya bernasib baik, harga bilik penginapan paling murah korang akan dapat tau!

3) Bercuti secara berkumpulan

Semasa bercuti sendiri, korang secara automatik perlu membayar keseluruhan penginapan secara individu. Kesannya, perbelanjaan akan lebih banyak.

Oleh itu, cubalah membandingkan jika bercuti dengan rakan atau keluarga. Korang boleh membayar penginapan dan pengangkutan semasa di destinasi pelancongan bersama.

Sharing is caring kan…

Kaedah itu tentunya berguna jika korang berhasrat untuk percutian mewah. Ia dapat mengurangkan perbelanjaan penginapan dan kos lain!

Iklan

4) Manfaatkan diskaun

Salah satu perbelanjaan terbesar semasa cuti biasanya bab pengangkutan dan penginapan. Berita baiknya, korang dapat menjimatkan wang sekiranya rajin mencari promosi tiket seperti tiket penerbangan, tiket masuk ke taman tema dan sebagainya.

Jadi, rajin-rajinlah membelek laman sosial atau website yang menawarkan banyak diskaun tu yaa…

5) Memilih penginapan baru

Iklan

Cubalah mencari penginapan baru di tempat percutian korang. Sekiranya diteliti, korang mungkin menjumpai penginapan yang baru dibuka, terutamanya hotel untuk menyokong percutian mewah. Secara amnya, penginapan baru akan menawarkan promosi bilik dengan harga yang lebih murah.

Lebih seronok, korang juga berpeluang menikmati pelbagai kemudahan yang pastinya masih baru! Oleh itu, dengan menggunakan ‘petua’ percutian mewah di atas, korang masih dapat menjimatkan wang.

Jom, segera tentukan destinasi dan rancangan perjalanan percutian korang. Selamat bercuti!

Sumber: traveloka.com