PERCUTIAN di vila tertutup ala-ala Bali, Indonesia tanpa perlu merentas negara memang satu tawaran yang menarik, bukan?

Ya, sejak era Covid-19 melanda negara, konsep privasi dengan penginapan klasik lagi mewah semakin menjadi kegemaran ramai.

Kata mereka yang pernah bercuti di vila seperti itu, ciri yang terdapat pada premis demikian lebih selamat tanpa kontak sosial dengan banyak orang.

vila ala bali

Menerusi komentar yang dibaca menerusi laman sosial, ramai mengatakan menghuni di lokasi berkenaan mampu menenangkan jiwa, namun perlu mengeluarkan sedikit bajet.

“Kita kumpul wang sedikit-sedikit dan kemudian menginap di tempat mewah macam ni, bila lagi nak rasa hidup macam orang kaya.“ Itu antara komen ikhlas seorang warganet.

Salah satu lokasi yang popular dalam kalangan kaki jalan adalah di Villa Warisan yang terletak di Kampung Delek Baru, Klang, Selangor.

vila ala bali

Vila berkenaan yang diperbuat daripada kayu cengal batu dan cengal emas dikatakan dibina tanpa paku.

Pembinaannya mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan oleh tukang kayu yang diimport khas dari Tanah Seberang.

Kalau pembaca berpendapat menghuni vila yang diperbuat daripada kayu adalah panas, tanggapan itu tidak tepat untuk Villa Warisan.

Pengurusnya, Mohamad Sharizan Mohamed Shah berkata, terdapat pancuran air di atas bumbung yang akan membuatkan vila ini sentiasa sejuk.

vila ala bali

Beliau memberitahu SinarPlus, teratak mewah yang menerapkan elemen dan nilai estetika Bali itu menelan kos sebanyak RM1.6 juta untuk didirikan demi memenuhi kehendak pelanggan.

“Lokasi vila kami juga menarik iaitu menghadap muara sungai dan paya bakau yang terbentang luas,“ katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Sharizan berkata, bukan hanya satu kamar penginapan disediakan dalam bentuk studio, malah terdapat dua bilik yang diberi nama Bidasari dan Lelamanja yang  boleh ditempah pada harga RM1,500 pada setiap hujung minggu dan cuti umum.

Pada hari biasa, diskaun sebanyak RM200 diberikan dengan kamar yang lengkap pendingin hawa, kolam renang dan dapur luar untuk aktiviti barbeku.

vila ala bali

“Kebanyakan pengunjung akan menyewa kesemua kamar untuk keluarga mereka kerana tidak mahu bercampur dengan orang lain,“ ujarnya yang membuka vila tersebut untuk orang ramai sejak tahun 2018 lagi.

Terbaharu, Mohamad Sharizan berkata, pihaknya sedang membina rumah bakau selain menambah baik kemudahan lain seperti flying fox.

Iklan

Villa Warisan

  • Alamat: Jalan Kampung Delek Baru, Klang, Selangor
  • Pakej: RM1,500
  • Facebook: Villa Warisan
  • Instagram: @villa.warisan

Peningkatan jumlah kes Covid-19 membuatkan ramai pengusaha port percutian berkira-kira untuk meminimumkan jumlah pengunjung, namun ada juga yang bijak mengimplemenkan konsep privasi demi kelangsungan operasi mereka.

Selain Villa Warisan di Selangor, terdapat empat lokasi vila dalam negara yang boleh dikunjungi pembaca. Biar berbelanja lebih, asalkan percutian kita selamat daripada virus dan mendamaikan jiwa.

The Datai

port vila

  • Alamat: Jalan Teluk Datai, Pulau Langkawi, Kedah
  • Pakej: Bermula pada harga RM2,232
  • Facebook: The Datai Langkawi Instagram: @thedatailangkawi

Villa Samadhi

port vila

Iklan
  • Alamat: 8, Jalan Madge, Taman U Thant,Persiaran Madge, Kuala Lumpur,
  • Pakej: Pakej bermula RM770
  • Facebook: Villa Samadhi Kuala Lumpur
  • Instagram: @villasamadhiKL

The Dusun

port vila

  • Alamat: Jalan Kampung Baharu Pantai, Pantai, Negeri Sembilan
  • Pakej: Bermula pada harga RM400 sehingga RM1,100
  • Facebook: The Dusun
  • Instagram: @thedusun

Limastiga

port vila

  • Alamat: Jalan Paya Dalam, Umbai, Melaka
  • Pakej: Pakej bermula RM2,100 sehingga RM3,500
  • Facebook: Limastiga Umbai Melaka
  • Instagram: @limastiga