DALAM tempoh keadaan semasa ini, ramai antara kita yang tidak sabar untuk mengembara memandangkan lebih setahun berkurung di rumah.

Tidak mengira sama ada pilihan lokasi domestik atau antarabangsa, rata-rata memilih untuk bercuti dan berlibur bersama keluarga dan kenalan bagi ‘melepaskan geram’ disebabkan sekatan pergerakan merentas daerah dan negeri.

Biarpun kerajaan mengumumkan kebenaran untuk bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah bagi individu yang telah lengkap dua dos vaksin, namun terdapat perkara penting yang perlu diambil kira sebelum bersedia untuk mengembara semula.

Justeru, berikut Sinarplus kongskan lima perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk bercuti menurut goabroad.com:

1. Insuran mengembara

Segelintir merasakan perkara ini sebagai satu hal yang remeh atau pembaziran. Tetapi, bayangkan jika sesuatu yang berlaku seperti kemalangan, masalah kesihatan atau kematian yang berlaku terutama ketika berada di negara orang.

Oleh itu, insuran mengembara dapat pembantu bagi mengatasi situasi sebegini. Disarankan agar pilih polisi insuran yang bukan sahaja memberi pelidungan rawatan hospital, malah turut memberi pelindungan perubatan bagi Covid-19.

2. Cecair sanitasi tangan dan tisu lembap

Sebagai persediaan atau memastikan tangan anda benar-benar bersih dan bebas kuman, sebaiknya bawa bersama cecair sanitani tangan atau tisu lembap sebagai persediaan.

Bukan sahaja memastikan tahap kebersihan kawasan atau objek yang disentuh, tetapi perkara itu juga dapat membantu penularan sebarang penyakit berjangkit.

3. Jangan sentuh muka!

Umum mengetahui salah satu perkara yang boleh menyebabkan penularan virus Covid-19 selain melalui udara ialah menyentuh bahagian wajah seperti mata, hidung dan mulut dengan tangan.

Anda dinasihatkan agar menggunakan cecair sanitasi atau tisu lembap selepas menyentuh sebarang permukaan seperti tombol pintu, meja, kerusi atau pintu lif. Pastikan tisu yang telah digunakan itu dibuangkan di tempat yang sepatutnya dan tidak terdedah kepada individu lain.

Iklan

4. Tetap jaga jarak

Disebabkan penularan virus Covid-19 boleh berlaku dengan pantas, sebaiknya jaga jarak anda dengan individu lain terutama ketika berada di tempat awam. Sekiranya anda ingin menyertai perhimpunan awam atau berada di kawasan terbuka, pastikan anda memakai pelitup muka dan tetap kekal jaga jarak antara satu sama lain.

5. Ketahui tahap kesihatan

Penjagaan kesihatan amat penting terutama ketika ingin mengembara. Sekiranya anda mengembara dalam keadaan tidak sihat, pastikan bekalan ubat ada dibawa bersama termasuk pelitup muka.

Iklan

Amalkan sikap bertanggungjawab dengan cara melindungi individu lain agar tidak dijangkiti berbanding ‘obses’ melindungi diri daripada dijangkiti daripada orang lain.

Secara ringkasnya, bagi pengembara yang tidak sabar untuk melancong, pastikan pilihan lokasi yang strategik selain memudahkan pergerakan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram