MALAYSIA adalah sebuah negara yang dengan keindahan pulau-pulaunya. Oleh itu, bagi kaki travel yang masih belum tahu akan kewujudan lima buah pulau cantik ini, boleh la mula merancang untuk bercuti di sini.

Pasti tak menyesal juga tak mengecewakan. Cuba dulu baru tahu guys.

1. Pulau Bohey Dulang, Semporna

5 pulau kurang popular di Malaysia, tak popular tak bermakna tak cantik!

Merupakan pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran. Pulau Bohey Dulang terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu.

Korang akan mendapati yang Pulau Bohey Dulang mempunyai spesis batu karang dan ikan terbanyak di dunia lalu menjadikan ia sebuah pulau yang penuh pesona dan mengagumkan.

Aktiviti yang wajib dilakukan sewaktu berada di pulau ini adalah snorkelling, selam skuba dan mandi-manda bersama pelbagai jenis ikan.

TIP: Sewa snorkelling sekitar RM10 tetapi makanan tak disediakan. Lebih baik kalau dapat prepare makanan ringan dari awal.

2. Pulau Tenggol, Dungun

5 pulau kurang popular di Malaysia, tak popular tak bermakna tak cantik!

Mungkin pulau ini tidak sepopular Pulau Redang atau Pulau Perhentian tetapi ia merupakan pulau tumpuan bagi peminat skuba di seluruh dunia.

Lebar Pulau Tenggol ini lebih kurang dua hingga tiga kilometer sahaja. Pantainya juga pendek dan sangat landai. Apa yang menarik di sini adalah persisiran pantainya yang cantik serta keindahan dasar lautnya yang cukup mengagumkan.

Kalau boleh, kunjungi pulau ini antara bulan Julai dan September kerana jika bernasib baik berpeluang untuk melihat kehadiran ikan yu dan pari besar yang sedang makan plankton dan udang kecil.

TIP: Kadar sewa bot untuk 6 hingga 10 orang penumpang adalah lebih kurang RM600 – RM650 sehari. Jadi lebih baik jika satu bot dikongsi beramai-ramai.

3. Pulau Kapalai, Semporna

5 pulau kurang popular di Malaysia, tak popular tak bermakna tak cantik!

Sebuah lagi pulau dari Sabah! Pulau Kapalai tersembunyi di antara Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Ia terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan dan merupakan syurga bagi penggemar sukan skuba dan snorkeling.

Bagi pasangan yang baru berkahwin, Pulau Kapalai adalah destinasi yang sesuai untuk berbulan madu.

Iklan

TIP: Perhatikan kepada kadar caj tiket penerbangan. Jika bertuah, boleh dapat tiket serendah RM196 termasuk tax dan fuel surcharge untuk dua orang ke Tawau.

4. Pulau Aur, Mersing

5 pulau kurang popular di Malaysia, tak popular tak bermakna tak cantik!

Terletak kira-kira 76 kilometer dari bandar Mersing, Pulau Aur merupakan pulau yang paling jauh dari tanah besar. Keindahan pantai serta pasirnya yang halus memutih sudah cukup membuatkan hati terpaut.

Bagi penggemar aktiviti snorkeling, pasti kamu tidak akan jemu menyaksikan keindahan dasar laut yang dihuni pelbagai spesis ikan dan terumbu karang.

Iklan

TIP: Bagi yang sukakan cabaran ekstrem, bolehlah cuba mendaki ke Batu Cina yang memakan masa kurang sejam pendakian. View dia, terbaik!

5. Pulau Mataking, Semporna

5 pulau kurang popular di Malaysia, tak popular tak bermakna tak cantik!

Pulau Mataking terletak 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Kawasan menyelam yang paling terkenal di sini adalah Magic Rick, Alice Wall dan Mantis Ree.

Malah, boleh melihat hidupan laut dengan lebih dekat seperti barracuda, tuna, pari dan banyak lagi. Pantainya yang cantik menjadi tarikan pengunjung yang ingin berjemur di bawah sinaran matahari.

TIP: Dari bulan Mei ke Ogos (sempat lagi ni!), antara keunikan yang ada di Pulau Mataking adalah kehadiran penyu hijau dan penyu karah (Hawksbill) yang menetas di pantai.