AKTIVITI trekking atau mendaki bukit dan gunung merupakan salah satu aktiviti yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Bukit ataupun gunung kini menjadi destinasi riadah yang dilakukan pelbagai peringkat umur, termasuk dalam kalangan orang berumur dan kanak-kanak.

Asyik tengok member update gambar view hiking daypack di puncak-puncak gunung di media sosial. Tak cemburu ke?

Kerinduan jelas pasti dirasai buat mereka yang ‘gila hiking’ tambahan pula ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, mereka tidak dapat meneruskan aktiviti seperti kebiasaan.

Namun, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), aktiviti tersebut boleh dilakukan dengan syarat perlu patut pada SOP yang telah ditetapkan.

Berita baik juga buat mereka yang menetap di Johor, terdapat beberapa gunung dan bukit yang menjadi lokasi sesuai untuk korang yang baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki.

Silap-silap orang Johor sendiri pun tak tahu kewujudan lokasi awesome ni! Antaranya adalah seperti :

1. Gunung Pulai

7 lokasi awesome khas buat ‘kaki hiking’, orang Johor sendiri belum tentu tahu!

Gunung Pulai merupakan antara lokasi pendakian yang cukup dikenali bagi warga singapura dan penduduk setempat. Ketingggian Gunung Pulai ialah 654m dari paras laut. Kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di sini menjadi tarikan kepada ramai pendaki untuk mengunjunginya. Lokasinya terletak berhampiran tol Kulaijaya juga memudahkan bagi mereka yang datang dari luar daerah Kulai untuk ke sini.

2. Gunung Panti

7 lokasi awesome khas buat ‘kaki hiking’, orang Johor sendiri belum tentu tahu!

Gunung Panti yang terletak berhampiran dengan Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor dan hanya beberapa kilometer sebelum Resort Air Terjun Tinggi. Gunung Panti mempunyai ketinggian setinggi 456 meter (1,498 kaki).

Kebiasaannya pendaki akan memerlukan lebih kurang 2.5 jam untuk mendaki manakala 2 jam untuk turun. Laluan trek Gunung Panti boleh dikatakan santai, tetapi pemukaan tanah yang lembab dan berbecak ketika hujan memerlukan pendaki untuk lebih berhati-hati.

3. Gunung Lambak

7 lokasi awesome khas buat ‘kaki hiking’, orang Johor sendiri belum tentu tahu!

Gunung Lambak sememangnya satu lokasi pendakian yang cukup terkenal di daerah Kluang, Johor. Gunung ini bukan sahaja terkenal di kalangan warga Johor tetapi juga cukup popular di kalangan pendaki-pendaki dari Singapura.

Gunung Lambak ini mempunyai dua puncak (twin peak) dan meskipun ianya diklasfikasikan sebagai gunung tetapi ketinggian puncak yang paling tinggi hanyalah setinggi 510 meter (1,673 kaki) dari paras laut.

Sesiapa yang singgah di Bandar Kluang, mesti akan nampak puncak gunung lambak ini tersergam indah dan menjadi permandangan latar belakang Bandar Kluang.

Gunung Lambak ini terletak 5 km dari Bandar Kluang dan sekiranya dari Lebuhraya Utara Selatan, bolehlah susur keluar melalui Air Hitam/Batu Pahat dan terus menghala ke arah Bandar Kluang. Kalau tidak salah, rasanya ada dua jalan utama untuk ke sini iaitu melalui Jalan Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin atau Taman Sri Jaya.

4. Gunung Belumut

7 lokasi awesome khas buat ‘kaki hiking’, orang Johor sendiri belum tentu tahu!

Gunung Belumut mempunyai ketinggian 1010 meter dari aras laut dan terletak kira-kira 18 kilometer di timur Kluang. Gunung ini lebih tinggi dan lebih curam jika dibandingkan dengan Gunung Lambak dan dan Gunung Panti.

Iklan

Pendakian biasanya memerlukan hampir sepanjang hari bagi pendakian naik dan turun. Bagi kelompok kecil, pendakian akan mengambil kira-kira 2 hari dan 1 malam bagi keseluruhan trek. Terdapat caj untuk memanjat gunung dan penggunaan chalet yang disediakan.

5. Gunung Arong

7 lokasi awesome khas buat ‘kaki hiking’, orang Johor sendiri belum tentu tahu!

Gunung ini adalah gunung ke-3 terendah di dalam Negeri Johor, setinggi 898 kaki. Gunung yang paling rendah ialah Gunung Soga (820 Kaki), Ke-2 ialah Gunung Gaung (870 Kaki). Gunung Arong terletak di Tanjung Resang, Mersing. Oleh kerana ia adalah mercu tanda tertinggi di kawasan Tanjung Resang bukit ini dipanggil gunung.

Untuk menuju ke Gunung Arong, pendaki perlu melalui Jalan Mersing-Endau, Kira-kira 20 minit dari Mersing sebelum Hutan Lipur Gunung Arong, terdapat simpang sebelah kiri menuju ke Tg.Resang, Penyabong.

Masuk ke simpang itu dan jaraknya 7km untuk sampai ke Pantai Tg.Resang. Terdapat dua buah Resort sepanjang pantai itu dan pendaki boleh menginap di mana-mana resort yang disukai.

6. Gunung Ledang

7 lokasi awesome khas buat ‘kaki hiking’, orang Johor sendiri belum tentu tahu!

Iklan

Gunung Ledang yang juga dikenali sebagai Mount Ophir, merupakan sebuah gunung yang terletak di Dearah Tangkak Johor. Dengan ketinggian 1276 meter bersamaaan 4186 kaki dari aras laut ianya merupakan gunung yang ke-6 paling sukar didaki di Malaysia.

Bagi peminat aktiviti luaran yang sukakan ujian mental dan fizikal, Gunung Ledang merupakan satu pilihan yang baik untuk anda. Selain itu Gunung Ledang juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan.

7. Gunung Muntahak

7 lokasi awesome khas buat ‘kaki hiking’, orang Johor sendiri belum tentu tahu!

Gunung Muntahak yang terletak di Kota Tinggi, Johor mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki). Gunung ini mempunyai banyak flora yang mempunyai nilai perubatan. Air Terjun Kota Tinggi berpunca dari gunung ini, di mana Sungai Pelepah Kanan yang membentuk air terjun tersebut mengalir turun dari Gunung ini

Untuk ke gunung ini korang boleh melalui Jalan Kluang – Kota Tinggi. Selepas 1 km dari Petri Jaya, terdapat satu simpang jalan yang tidak berturap di sebelah kiri jalan besar. Jalan tersebut biasanya dilalui oleh lori-lori pasir dan lori pengangkut buah kelapa sawit.

Sumber : https://johorpress.com/