7 rawatan ‘facial’ untuk wajah kekal muda, poin nombor 5 dan 6 mungkin buat ramai terkesima

UNTUK kekal cantik, pelbagai kaedah rawatan facial ditawarkan pengusaha klinik rawatan estetik seluruh dunia.

Jika di Malaysia, antara metode popular yang menjadi pilihan golongan selebriti seperti botox, laser, filler dan banyak lagi.

Pun begitu, terdapat rawatan pelik dan aneh yang diamalkan segelintir pakar estetik yang mahu memastikan wajah pelanggan kekal gebu serta mulus.

Memetik cnnindonesia.com, terdapat tujuh rawatan facial aneh yang mungkin belum pernah didengari sebelum ini.

Barangkali boleh dikatakan cukup ekstrem apabila menggunakan bahan-bahan yang tidak masuk akal.

Menurut portal tersebut, rawatan wajah berikut menjadi amalan turun-temurun dan dikatakan mujarab.

Iklan
Iklan

1. Darah

  • Bunyinya agak mengerikan, namun kaedah yang dipanggil vampire facial ini pernah dipopularkan oleh selebriti dunia, Kim Kardashian.
  • Memetik pelbagai sumber, kaedah itu dikatakan mampu meremajakan semula kulit wajah menjadi lebih anjal selain merangsang sel baharu.

2. Plasenta kambing

  • Kaedah pelik ini pernah dipromosikan oleh ahli dermatologi, Harold Lancer yang terkenal dalam kalangan selebriti Hollywood.
  • Meskipun belum ada bukti ilmiah menunjukkan kaedah itu efektif, namun rawatan tersebut popular di Amerika Syarikat.

3. Racun lebah dan madu

  • Mungkin madu boleh diterima pakai sebagai rawatan wajah, namun bagaimana pula dengan racun lebah?
  • Ahli kecantikan, Julie Lindh yang dipetik melalui CBS News memberitahu, kolagen pada racun serangga itu boleh membuatkan kulit lebih anjal.

Baca juga Malas nak bersolek gara-gara kulit kering? Ini 4 bahan semula jadi yang boleh bangkitkan seri wajah

4. Api

  • Rawatan menggunakan api ini diamalkan di China.
  • Dipanggil ‘huo liao’ yang mana wajah ditutup dengan kain yang sudah dibasahkan menggunakan beberapa jenis alkohol sebelum dibakar.

5. Najis burung

  • Rawatan wajah ini popular di Jepun.
  • Najis burung Bulbul daripada spesies Pycnonotidae ini diguna pakai oleh geisha untuk mencerahkan kulit.

Baca juga Pakar dedah perkara perlu dan tidak boleh dilakukan sepanjang Ramadan untuk mendapatkan kulit sihat

6. Air kencing

  • Memetik The Independent, rawatan purba tersebut sudah diamalkan sejak turun-temurun dan berfungsi sebagai toner.
  • Selain membersihkan kulit dan pori kulit, ia dikatakan boleh mengubati psoriasis dan ekzema.

7. Lendir siput

  • Sanggupkah anda membiarkan siput merayap pada wajah?
  • Kaedah ini dikatakan lebih bersifat alami kerana lendir siput dikatakan mempunyai sifat anti-aging.

Memang aneh dan pelik kaedah rawatan yang diamalkan oleh ahli dermatologi seluruh dunia.

Baca juga Gelisah pori pada wajah terbuka, jangan risau ikut 4 langkah mudah ini sahaja

Kadang-kadang, tidak sangka golongan artis sanggup melakukannya demi kelangsungan populariti.

Persoalan ya sekarang, adakah kalian sanggup untuk melakukannya?

Banyak lagi kaedah semula jadi yang boleh dipraktikkan tanpa memerlukan rejim yang ekstrem tersebut.

Baca juga Wajib minum air, makan oat. Rejim kecantikan natural yang mudah

Hmmm… anda sanggupkah guna teknik-teknik seperti yang dinyatakan tadi? Kalau tanya admin, tak kot…

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

10 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

13 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

14 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

15 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

19 hours ago