SEJAK awal pagi tadi, ramai selebriti berkongsi kisah sama apabila akaun Instagram mereka hampir di godam.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi penyanyi Aizat Amdan apabila akaunnya telah di godam setelah terpedaya dengan helah pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

“Akaun Instagram saya telah digodam. Jika anda menerima direct messange yang meminta anda klik pada link dan mengisi borang berkaitan isu hak cipta, jangan buat.

“Jika tidak ia akan berakhir seperti nasib saya (akaun digodam),” kongsinya menerusi Twitter.

Paparan skrin yang dikongsikan oleh Aizat.
Paparan skrin yang dikongsikan oleh Aizat.

Bagaimanapun beberapa minit tadi, Aizat memaklumkan dia hampir berjaya mendapatkan semula akaun Instagramnya.

Iklan

Antara selebriti lain yang menerima mesej daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai Elizabeth Moat salah seorang wakil Instagram adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nad Zainal, Datin Almy Nadia, Ani Mayuni, Ernie Zakri dan Cik Manggis.

Iklan

Rata-rata mereka mengingatkan agar tiada sesiapa yang menekan link berkenaan bagi mengelakkan akaun digodam.

Antara paparan skrin mesej sama yang diterima oleh selebriti lain.
Antara paparan skrin mesej sama yang diterima oleh selebriti lain.