PERSONALITI cantik, Erra Fazira, meluahkan kebimbangan apabila akaun Facebook miliknya masih aktif dikendalikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selepas ia digodam tidak lama dahulu.

Menurut figura berusia 46 tahun itu, akaun berkenaan sudah tidak lagi dikendalikan olehnya, tetapi masih mempunyai ramai pengikut.

“Saya rasa saya dah pernah uar-uarkan dan saya mohon untuk unfollow Facebook ini. Tapi nampaknya Facebook ni terus aktif dan ramai pulak pengikut.

“Risau saya. Dah lah akaun ini muat naik macam-macam benda yang tidak sepatutnya. Nak buat macam mana ya? Boleh beri idea,” luahnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan
AKAUN FACEBOOK ERRA DIGODAM
Akaun Facebook milik Erra yang telah digodam.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memberi cadangan meminta Erra untuk melaporkannya.

Iklan