AKAUN Instagram stesen radio Suria FM iaitu @suriamalaysia tidak lagi dapat diakses, dipercayai digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkara tersebut disedari oleh pihak Suria FM pada petang Rabu setelah tidak dapat mengakses akaun Instagram tersebut dan carian nama Suria Malaysia tidak dapat ditemui.

Suria FM sedang berusaha untuk mendapatkan kembali akaun tersebut dan menasihati pengikut-pengikut akaun Suria Malaysia untuk tidak melayan sebarang Direct Message (DM) dan mesej palsu yang menggunakan nama Suria Malaysia atau nama asing.

Iklan

Dalam masa yang sama, pihak Suria juga akan membuat laporan polis pada hari ini untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk dan lebih ramai akaun yang diikuti Suria Malaysia digodam.

Iklan

Sebarang maklumat terkini hanya akan dimaklumkan melalui akaun media sosial Facebook dan Twitter Suria FM sahaja buat sementara waktu.