SEMALAM Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga berkuatkuasa mulai esok, 27 Jun sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisyam Abdullah berkongsi di laman sosial Facebooknya, apabila sejak akhir-akhir ini, terdapat pelaporan di media massa dan media sosial terhadap tahap pematuhan kepada SOP dalam kalangan individu, syarikat dan industri yang mungkin semakin menurun.

Bukan itu sahaja, terdapat juga premis kedai dan syarikat yang tidak beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Ia termasuklah baru-baru ini terdapat penularan isu terlalu ramai pengunjung di Bukit Broga, Selangor.

Sehubungan itu, KKM telah mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga di bawah Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

SOP dan normal baharu yang sering ditekankan kerajaan sememangnya bertindak sebagai sistem pertahanan negara terhadap penularan wabak Covid-19.

Justeru, KKM turut menyeru orang ramai supaya tidak alpa dan mengambil mudah dengan pematuhan kepada SOP dan normal baharu.

Kementerian berkenaan berharap segala usaha selama ini untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 diteruskan oleh semua peringkat dan lapisan masyarakat.

Iklan

Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan pendakian adalah antara aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 15 Jun lalu.

Ingat, jangan ada kluster Bukit Broga pula lepas ni yaa…

Iklan

Foto: Sumber Internet

#JanganPutusAsaMalaysia