ISTERI kepada pelakon, Saharul Ridzwan iaitu Qaabila Deena Emir selamat bersalin anak kedua petang tadi.

Menurut Saharul, bayi perempuan seberat 3.3kg itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

“Ali dapat adik girl. Alhamdulillah, 13 Jun 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang.

“Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat 3.305kg , tinggi 51cm. Berkat doa semuanya. Terima kasih banyak-banyak.

“Doakan supaya mummy cepat sihat dari emergency LLCS (pembedahan) dan baby membesar jadi anak yang solehah,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan

Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.

Iklan

Penulis: Aqmar Mustaza