PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) kini memasuki minggu ketiga pelaksanannya dalam usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan pandemik Koronavirus (Covid-19) yang melanda negara dan dunia.

Apa yang pasti, sepanjang tempoh PKP berlangsung, pelbagai ragam dan aktiviti orang ramai termasuk para selebriti yang dilakukan di rumah dapat disaksikan di laman sosial masing-masing.

Tidak terkecuali, supermodel terkenal tanah air, Amber Chia yang turut mempunyai aktivitinya sendiri di rumah dan sering berkongsi dengan para peminat dan pengikutnya di laman Instagram miliknya.

Terbaru, Amber memuat naik aktivitinya sedang melakukan catwalk di atas treadmill. Amber menggayakan beberapa pasang pakaian, lengkap berkasut tinggi seolah-olah sedang berada di pentas peragaan menjayakan pertunjukan fesyen.

Menurut Amber, itu adalah cara terbaharu untuk dia melakukan latihan peragaan sepanjang tempoh PKP.

Iklan

Perkongsian Amber menarik perhatian ramai para pengikutnya yang rata-ratanya terhibur dengan aktivitinya itu.

Sebelum ini Amber turut memaparkan aktiviti catwalk bersama anak lelakinya, Ashton.

Iklan

Meski hanya berada di rumah, supermodel itu sentiasa mempunyai aktiviti untuk dilakukan untuk emngisi masa lapangnya.