ASTRO mengambil keputusan untuk menangguhkan penganjuran acara tahunan Anugerah MeleTOP Era atau AME 2020 susulan penularan pandemik Covid-19 yang semakin serius di negara ini.

AME2020 sebelum ini dijadualkan bersiaran secara langsung pada hari Ahad, 12 April, jam 9 malam ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Ia sejajar dengan pengumuman yang dibuat pihak Kerajaan untuk menangguhkan sebarang perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan sehingga 30 April 2020,

Dalam pada itu, sesi undian fasa kedua untuk mengundi senarai Top 5  yang telah dibuka sejak 3 Mac lalu akan diteruskan seperti biasa menerusi laman web rasmi AME 2020 di www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS hingga 12 April 2020, jam 12.00 tengah hari.

Iklan

Kiraan penuh undian untuk penganjuran AME 2020 juga akan terus dibuat sejurus selepas talian undian ditutup, mengikut perancangan asal.

Iklan