BINTANG veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, 77, disahkan positif Covid-19 dan kini sedang mendapat rawatan di hospital Nanavati, Mumbai India.

Amitabh membuat pendedahan tersebut menerusi laman Twitter miliknya, pada Sabtu.

Pelakon Khabi Khushi Kabhie Gham itu juga meminta mana-mana individu bertemu dengannya dalam tempoh 10 hari lalu agar tampil membuat ujian Covid.

“Saya disahkan positif Covid-19 dan kini sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan.

“Mana-mana individu yang berhubung atau bertemu saya dalam tempoh 10 hari lalu dimohon membuat ujian,” katanya yang dimasukkan ke hospital selepas mengaduk sesak nafas.

Tidak hanya itu, anak lelakinya, Abhishek Bachchan, 44, turut disahkan dijangkiti virus tersebut dan dirawat di hospital yang sama.

Iklan

“Hari ini, saya dan bapa disahkan positif Covid-19. Kami berdua mempunyai simptom ringan dan dimasukkan ke hospital.

“Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga dan kakitangan supaya melakukan ujian. Saya meminta semua supaya tidak panik dan bertenang. Terima kasih,” katanya dalam muar naik status di laman Twitter miliknya selang 40 minit selepas status dikongsi bapanya.

Iklan

Bagaimanapun, ahli keluarga lain termasuk Jaya Bachchan dan Aishwarya Rai disahkan negatif.

Mumbai, New Delhi, Chennai, Pune dan Bangalore adalah antara bandar India yang paling teruk dilanda koronavirus. Setakat Sabtu, jumlah jangkitan Covid-19 di India melepasi 800,000 dengan lonjakan terbesar jumlah 27,114 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam.