PELAWAK dan pelakon, Vicha meluahkan rasa terharu dan bahagia  selepas anak-anaknya menyatakan hasrat mereka untuk mengenakan hijab.

Bagaimanapun dalam masa sama, Vicha atau nama sebenarnya, Refika Novianti Faturohman, 32, turut berasa malu dengan anak-anaknya kerana tidak mula bertudung terlebih dahulu.

"Anak sulung saya DM (mesej) di Instagram beritahu nak pakai tudung atau mahu berhijab. Ya ALLAH ibu mana yang tak gembira, lepas kakaknya minta, terus anak yang kedua WhatsApp mesej nak pakai hijab juga.

"Ya Allah tergerak malu dalam hati dengan anak-anak. Kenapa anak-anak je boleh berfikir mahu pakai hijab, kenapa saya sebagai seorang ibu tidak memulakannya terlebih dulu," luahnya menerusi akaun Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B-lOUZRnpLd/?utm_source=ig_web_copy_link

Vicha yang merupakan ibu tunggal mempunyai tiga anak iaitu, Aurel Angelina Khezya, 11, Listya Arum Tresnasih, 10, dan Michelle Averina Calysta, 8, yang kini menetap di Bandung, Indonesia.

Dalam pada itu, Vicha yang juga merupakan anggota kumpulan Jborn bersama Khir Rahman dan Zoey Daud, berharap dapat bertemu dengan anak-anaknya untuk menyambut Ramadan bersama di Kuala Lumpur.

"Ya Allah, semoga masalah Covid-19 ini cepat selesai. Rindunya dengan mereka tapi macam mana saya kena cari rezeki di sini untuk mereka juga.

"Doa saya tak pernah berhenti agar Allah jaga anak-anak saya yang jauh di sana. Insya-Allah bulan puasa ini kita kumpul lagi di Malaysia seperti tahun lepas," katanya.

Artikel Menarik