PULAU Langkawi sentiasa menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai. Selain terkenal dengan lagenda Mahsuri, pemandangan pantainya yang indah cukup mendamaikan.

Kini potensi Langkawi dari sudut pelancongan akan bertambah melalui tarikan seni visual baru.

“Pelancongan berasaskan komuniti (Community Based Tourism), Arca Dasar Laut di Pulau Langkawi, Kedah merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara dengan kerjasama beberapa pihak.

Baca juga: Cuaca Pulih, 5 Pulau Di Terengganu Kini Selamat Dikunjungi

“Antaranya Marine Research and Excellent Centre (MAREC) UiTM Perlis, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Kedah, Geopark Langkawi, Jabatan Perikanan Malaysia, Pejabat Tanah Daerah Langkawi dan Polis Marin Langkawi.

“Program ini juga telah mendapat penajaan daripada Felcra dan LADA.

“Program Arca Dasar Laut ini bermula pada Disember 2021 dan dijangkakan berlangsung sehingga Mei 2022,” katanya.

Seramai sembilan orang artis yang berpengalaman telah terpilih bagi menyertai program ini iaitu Ahmad Fuad Osman, Zainuddin Abindinhazir, Mohd Al-Khuzairie Ali, Abdul Muthalib Musa, Umibaizurah Mahir Ismail, Low Chee Peng, Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Maxine Xie Xian Xin dan Mohd Radzi Ismail.

Karyawan-karyawan ini bersama komuniti setempat yang terdiri daripada nelayan, operator selam skuba dan artis tempatan dalam penghasilan karya arca.

Mitos dan legenda setempat di Langkawi akan diangkat sebagai rujukan dalam penghasilannya.

Balai Seni Negara dalam kenyataan turut memaklumkan bahan simen konkrit yang telah dirawat dijadikan bahan utama karya dan bahan ini bersifat mesra kepada ekosistem dan ekologi marin.

Proses penghasilan arca dasar laut ini dilaksanakan di Pangkalan Kampung Kubang Badak yang turut menjadi lokasi pertemuan dalam kalangan peminat biogeotrail tempatan dan antarabangsa, aktiviti snorkeling dan memancing.

Iklan

Baca juga: Terjah Hidden Gem Pulau Langkawi, Rupa-Rupanya Terdapat Port Yang Masih Ramai Belum Tahu

“Karya arca yang telah siap dengan saiz minimum lima kaki setiap satunya akan di tempatkan di perairan Pulau Pasir.

“Hasil seni itu akan berada di daratan, sekitar pesisir dan gigi pantai dan akan di labuhkan di dasar laut sekitar pulau berkenaan,” katanya.

Iklan

Balai Seni Negara berharap kehadiran arca-arca berkenaan akan memperkayakan lagi koloni dan habitat marin yang akhirnya membawa limpahan rezeki kepada komuniti sekitar dan menjadi pemangkin kepada pelancongan eko-marin yang baharu.

Baca juga: Cantik! Pantai Floria Putrajaya Kini Sudah Dibuka, Ini 8 Foto Keindahan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI