PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi saat bahagia dilamar kekasihnya, Nabil Mahir menerusi laman Instagramnya semalam.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, memuat naik foto bersama cincin lamaran daripada bekas pengacara HLive itu pada sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

“The best birthday gift ever. I said yes,” tulisnya pada kapsyen beserta hashtag #HeLockMeForerver.

Pada masa yang sama, Nabil, 32, menerusi laman Instagramnya turut berkongsi perkara sama menerusi fotonya bersama Ayda.

“She said yes!!” tulisnya.

Iklan

Perkongsian tersebut tidak hanya mendapat perhatian para peminat mereka berdua, tetapi juga rakan selebriti yang turut sama memberikan ucapan tahniah.

Iklan

Pasangan selebriti popular itu mula menjalinkan hubungan cinta semenjak beberapa bulan lalu dan memilih untuk tidak berahsia tentang perhubungan mereka kepada umum.