DEMI meneruskan kelangsungan hidup, balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, kini dilihat sibuk berniaga kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng bersama adik iparnya.

Perkara tersebut menjadi perhatian warganet apabila Hidayah sendiri melalui laman Instagram miliknya yang dikenali sebagai @hidayah_abam memuat naik satu posting bertajuk SEDEKAH ketika beliau dan adik iparnya sedang berniaga.

“Rezeki datang macam-macam bentuk. Kadang-kadang kita ambil tak kisah pun walau rezeki tu sekadar berharga RM5.

“Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah SWT. Dia beri kepada siapa yang dia suka.

“Yang paling penting, mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kerjarlah berkahnya,” tulisnya.

Biarpun memilih meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga apa sahaja yang mampu menambah punca pendapatan, Hidayah dilihat masih kuat menempuh dugaan hidup sebagai ibu tunggal malah tidak betah duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja.

Balu Abam Bocey tak duduk diam, kini berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup

Tahniah Hidayah! Teruskan berusaha dan semoga pernigaan maju jaya.

Untuk rekod, pada 10 Februari lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, dipercayai akibat demam panas.

Iklan

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun satu bulan.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

S E D E K A H Rezeki datang macam-macam bentuk. Kadang-kadang kita ambil tak kisah pun walau rezeki tu sekadar berharga RM5. Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah SWT. Dia beri kepada siapa yang dia suka,. Yang paling penting, “Mengejar rezeki jangan Mengejar jumlahnya tapi kerjarlah berkahnya” Terima kasih semua support & beli Cempedak goreng & produk2 keluaran dayah.. Al-fatihah dibaca buat arwah suamiku Syed Umar Mokthar.. #paidreviewhidayahabam #cempedakgorenghidayahabam #titiankasihcocohidayahabam #kasihchocolatehidayahabam #tepungrotijalachocolate #biarorangbuatkitajangankitabuatorang #kitabaikramaisayang #allahsentiasabersamakita #rindudalamdoa #kerjakerasdemianak #kitabaikramaisyg #mysmallbiznes #alfatihaharwahabam

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on