PENYANYI Nizam Laksamana membawa isteri dan dua anak perempuannya menjalani saringan pemeriksaan Koronavirus (Covid-19) selepas bapa mertuanya disahkan positif virus tersebut.

Menurut Nizam, sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, dia bersama keluarganya telah pulang ke kampung dan secara tidak langsung mempunyai kontak rapat dengan bapa mertuanya.

"Pagi ini jam 10, saya, isteri dan dua anak perempuan membuat saringan Covid-19.

"Ini kerana kami ialah casual contact kepada bapa mertua saya yang positif Covid-19. Sehari sebelum perintah PKP saya ada berjumpa dengan mertua di kampung.

Iklan

"Bapa mertua warded semalam," dedahnya menerusi akaun Facebook miliknya bersama sekeping gambar mereka sekeluarga menunggu menjalani saringan.

NIZAM LAKSAMANA
Nizam berkongsi gambar sebelum menjalani saringan bersama keluarganya.

Tambah Nizam yang terkenal dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta, mereka sekeluarga juga tidak ingkar arahan pihak kerajaan untuk menjalani saringan sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Iklan

"Kami reda dan akan mengikut arahan pihak berwajib.

"Kami tak ingkar kerana kami tahu tanggungjawab kami untuk kesejahteraan rakyat Malaysia yang lain.

"Semoga AlLLAH SWT melindungi kami dengan rahmatNYA..." katanya.