SEJAK beberapa hari lalu, isu mengenai “Lathi Challenge” tular di media sosial malahan menjadi bualan hangat warganet membahan dan menyuarakan pandangan masing-masing.

“Lathi Challenge” adalah satu cabaran internet yang menampilkan kreativiti solekan pada wajah cantik sebelum berubah menjadi watak yang menakutkan.

Cabaran yang menjadi kontroversi ini menjadi tular kerana memerlukan daya kreativiti dan usaha untuk menghasilkannya.

Cabaran ini menggunakan lagu tema yang menggabungkan elemen muzik elektronik dan tradisional budaya Jawa berjudul Lathi, nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira.

“Lathi Challenge” ini mula mendapat perhatian selepas seorang vlogger kecantikan Jharna Bhagwani, 17, yang berasal dari Indonesia membuat kandungan video menggunakan lagu Lathi ini.

Malah terdapat beberapa selebriti lain turut menghasilkan cabaran tersebut dengan cara mereka sendiri dan telah meraih perhatian ramai.

Namun begitu, lain pula kisahnya dengan selebriti popular pelakon dan pengacara tempatan, Norman Hakim yang telah menghasilkan cabaran tersendiri dengan menukar “Lathi Challenge” kepada “Barzakh Challenge”.

Bunyinya agak menyeramkan bukan? Namun, itu lah hakikatnya yang telah dibuat oleh pelakon popular Gerak Khas seperti apa yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian foto di laman Instagram miliknya, Norman buat “Barzakh Challenge” dan memberitahu ini adalah cabaran paling mudah untuk dilakukan. Malah ia juga memberikan keinsafan kepada diri.

Iklan

Menerusi ruangan kapsyen juga, Norman Hakim memaklumkan bahan-bahan digunakan untuk membuat cabaran ini juga ringkas dan boleh disimpan untuk digunakan suatu masa nanti.

Perkongsian Norman buat cabaran itu telah berjaya meraih lebih 28 ribu tanda suka dan ratusan komen.

Norman turut mengajar cara-cara dan barang-barang persiapan bagi menyahut cabaran “Bazakh Challenge”. Antaranya langkah dan caranya adalah seperti berikut :

Iklan
  1. Cari dan potong kain putih. Ukuran panjang ikut tinggi tubuh badan masing-masing dan lebihkan satu kaki enam inci di kedua-dua hujung kepala dan kaki.
  2. Kain putih yang wajib selapis sahaja. Tetapi lebih utama jika tiga lapis bagi lelaki dan lima lapis bagi perempuan.
  3. Untuk lelaki disunatkan membuka baju (tidak berjahit) dan serban.
  4. Manakala bagi perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit).
  5. Koyakkan di tepi kain selebar 14 inci untuk digunakan sebagai tali pengikat sebanyak lima utas tali.
  6. Kapas pun kena ada dan nak bagi ‘feel’ sediakan kapur barus secukup rasa untuk penambah aroma dan bau.

Mudah bukan nak sahut “Bazakh Challenge” daripada “Lathi Challenge” bukan? Lepas dan minta tolong orang pakaijan, buka applikasi Surah bacaan Yaasin dan cuba pejam je mata diam-diam dan feel the moment dari mula-mula kita lahir sampai la kita baring ni.

Mudah bukan? Selamat mencuba.

Sumber: Instagram Norman Hakim