Berat badan Kelly Clarkson turun mendadak akibat pra-diabetes. Pencegahan langkah terbaik

PENAMPILAN penyanyi antarabangsa, Kelly Clarkson yang kurus secara mendadak menjadi bualan ramai baru-baru ini.

Menerusi laporan People, Kelly berkata, beliau terpaksa menurunkan berat badannya selepas doktor mengesahkan dia mula menunjukkan simptom pra-diabetes.

“Saya disahkan pra-diabetes, saya tak terkejut dengan perkara itu.

“Saya sudah agak memandangkan berat badan saya berlebihan. Doktor juga menegur saya,” katanya.

Tambah Kelly, beliau belum lagi berada di paras bahaya, sebaliknya penyakit tersebut boleh dicegah sebelum melarat.

Susulan itu, beliau mengamalkan pemakanan sihat dan mendengar nasihat daripada doktor bagi memastikan dirinya tidak terkena diabetes.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Untuk penjelasan berkenaan pra-diabetes, SinarPlus merujuk penulisan Mayo Clinic.

Pra-diabetes bermakna seseorang mempunyai paras gula darah yang lebih tinggi daripada biasa.

Iklan
Iklan

 

Pun begitu, menurut Mayo Clinic, ia masih belum cukup tinggi untuk dianggap sebagai diabetes jenis 2.

“Tanpa perubahan gaya hidup, orang dewasa dan kanak-kanak yang menghidap pra-diabetes berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Baca juga: Bukan saja manusia, kucing pun boleh dapat penyakit jantung, diabetes kalau obes

KULIT JADI GELAP

Seseorang yang dikesan dengan penyakit tersebut mungkin sudah mula mengalami komplikasi jangka panjang diabetes
terutamanya pada jantung, saluran darah dan buah pinggang.

Kata laman perubatan itu, satu tanda kemungkinan pra-diabetes ialah kulit menjadi gelap pada bahagian tertentu badan seperti leher, ketiak dan pangkal paha.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Baca juga: Diabetes ragut 3 nyawa setiap minit di seluruh dunia, ini fakta yang wajib semua ambil tahu

Mayo Clinic turut menggariskan beberapa simptom klasik pra-diabetes. Antaranya:

  1. Bertambah dahaga.
  2. Kerap buang air kecil.
  3. Bertambah rasa lapar.
  4. Keletihan.
  5. Penglihatan kabur.
  6. Kebas atau kesemutan pada kaki atau tangan.
  7. Jangkitan yang kerap.
  8. Luka yang lambat sembuh.
  9. Penurunan berat badan yang mendadak.
SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Baca juga: Penyakit diabetes ganggu penglihatan pesakit. Salur darah retina, titik fokus mata boleh rosak

Tambah Mayo Clinic, gaya hidup yang sihat boleh membantu mengembalikan aras gula dalam darah kepada paras normal.

Antara pencegahan yang boleh diambil bagi mencegah pra-diabetes dan perkembangannya kepada diabetes jenis 2 adalah seperti berikut:

  1. Makan makanan yang sihat.
  2. Menjadi aktif.
  3. Menurunkan berat badan berlebihan.
  4. Mengawal tekanan darah dan kolesterol.
  5. Tidak merokok.

Baca juga: Buah gajus baik untuk kesihatan jantung, diabetes & turunkan berat badan! Ini cara pengambilannya…

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Sementara itu, Cleveland Clinic pula menyatakan terdapat beberapa langkah yang boleh diambil selain daripada panduan perubatan yang diberikan doktor.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Berikut langkah yang boleh lakukan untuk membantu menjadikan kehidupan pesakit lebih mudah, antaranya:

1. Didik diri sendiri: Diabetes adalah kompleks dan banyak perkara mempengaruhi tahap gula dalam darah. Dapatkan maklumat tentang pra-diabetes dan diabetes daripada sumber yang boleh dipercayai.
2. Didik keluarga dan rakan: Sokongan orang terdekat membantu perjalanan kesihatan anda.
3. Jaga kesihatan mental:

Diagnosis pra-diabetes boleh membuatkan seseorang mengalami pelbagai jenis emosi, terutamanya kerana stigma dan salah faham yang meluas tentang diabetes. Jika penyakit itu menyebabkan anda tertekan, dapatkan bantuan psikologi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
nurul.shahamah

Recent Posts

Pernah dibuang, jadi anak angkat. Muka ‘Pakistan’ bonus Fan Zihe di China

  BAYI malang berasal dari Pakistan yang dijumpai dalam kotak kadbod oleh sepasang suami isteri…

1 hour ago

Hati-hati! Kes naik hampir 2 kali ganda, gelombang baru Covid-19 Singapura, 15 info perlu tahu

GELOMBANG baharu wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Singapura membimbangkan apatah lagi apabila ia membabitkan lonjakan…

8 hours ago

‘Jangan simpati, zahirkan kebencian apa yang dilakukan.’ Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dijarakkan, ini sebabnya

PENGEBUMIAN suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor tular susulan dikuburkan jauh liang lahad penghuni…

9 hours ago

‘Tak boleh kawal, apa mak masak itu kita makan.’ Siti Nurhaliza kongsi tip pemakanan Aafiyah, Afwa

KESIBUKAN dengan aktiviti kerjaya tidak membataskan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mengambil berat…

10 hours ago

‘Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.’ Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya

FATIMAH Omar Mukhlis, 10, kanak-kanak petah yang popular di laman sosial. Dilahirkan di Birmingham, United…

10 hours ago

‘Tengok-tengok sampai kain putih saja macam mana…’ Adik sayu kata-kata Sarjan Faridah jadi kenyataan, anak OKU kehilangan ibu

PEMERGIAN Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan…

13 hours ago