![[VIDEO] Banjir naik ke paras dada, dua lelaki terpaksa makan dalam kuali](https://website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2020/11/1-15-283x159.png)
‘BerOOTD’, naik basikal, jungle trekking… rupanya banyak aktiviti boleh buat kat Pulau Jerejak

BERCUTI sememangnya membantu menenangkan fikiran, apatah lagi setelah penat bekerja tujuh hari seminggu. Bercuti di Malaysia sahaja terdapat banyak destinasi pilihan. Antaranya di Pulai Jerejak, Pulau Pinang!
Hanya 10 minit perjalanan feri dari Pulau Pinang. Banyak lokasi menarik di Pulau Mutiara ini termasuklah di ‘pulau kecil’ ini.
Banyak rupanya aktiviti boleh dilakukan di situ antaranya buat mereka yang suka ‘berOOTD’ dan aktiviti sosial serta menyihatkan lain seperti naik basikal dan jungle trekking:
1. ‘BerOOTD’




Selain melihat matahari terbenam, pastikan singgah di taman LED Jerejak Island Resort. Lampu berkilau tergantung dari pokok tertinggi itu agak menarik menjadikan pemandangan Pulau Jerejak sama sekali berbeza dari siang hari.
Dengan topiari taman dan bunga-bunga mekar hampir setiap sudut, berjalan-jalan malam di sini sambil ‘berOOTD’.
2. Aktiviti alam


Manfaatkan kehijauan yang subur di sekitarnya untuk lari daripada kebiasaan melihat ‘hutan’ bangunan pencakar langit yang menjulang tinggi di bandar.
3. Bersiar-siar dengan menunggang basikal

Medan dedaunan tebal dan jalan berbatu pastinya meningkatkan adrenalin sambil mengayuh.
Mereka yang tidak takut akan ketinggian boleh cuba menakluki jambatan gantung ini di Pulau Jerejak.
Mereka yang suka bersenam pagi boleh mengikuti trekking hutan dengan dibantu jurupandu. Dengan harga hanya RM20 korang boleh mendaftar untuk aktiviti di kaunter tetamu di resort ini.
Singgahlah di beberapa tempat bersejarah di pulau ini sejak 100 tahun yang lalu, ketika ia jadi lokasi penempatan golongan suaka kusta.
Boleh juga memanah dan berkayak. Dengan bayaran sewa RM15, korang akan mempunyai masa 15 minit berkayuh melihat pemandangan di sekitar.
Jerejak Island Resort sedang dalam usaha membina daya tarikan rubah terbang untuk pengunjung. Sehingga siap, korang boleh melakukan aktiviti lain seperti panjat tebing dan paintball.
Percutian hujung minggu di Pulau Jerejak
Sekiranya korang seorang pengembara yang ingin memilih destinasi tempatan, singgahlah di Pulau Jerejak. Destinasi ini memenuhi syarat untuk 2 ‘jenis’ pengunjung: Mereka yang ingin menikmati percutian yang tenang dengan banyak pilihan untuk berfoto. Selain itu, sesuai untuk mereka yang menginginkan hujung minggu yang penuh dengan pengembaraan dengan aktiviti luar.
Selamat bercuti! -AG #janganputusasamalaysia
Kredit: /thesmartlocal.com/