PENAMPILAN terbaru BLACKPINK menerusi lagu How You Like That ternyata mencetuskan fenomena luar biasa buat kumpulan sensasi K-Pop itu.

Bukan sahaja mendapat sambutan hangat di Korea Selatan, tetapi juga berjaya meraih perhatian peminat mereka di seluruh dunia.

Kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa itu mencipta sejarah menarik dalam kerjaya seni mereka apabila pihak Guinness World Records mengumumkan BLACKPINK mencipta lima rekod baharu menerusi muzik video How You Like That, Selasa lalu.

Mereka mencipta rekod untuk kategori Video YouTube Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam, Muzik Video Paling Banyak Ditonton Di YouTube dan Muzik Video Kumpulan K-Pop Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam Di YouTube.

Iklan

Diikuti dengan Video Tayangan Perdana di YouTube yang mendapat jumlah tontonan paling tinggi dan Tayangan Perdana Muzik Video di YouTube yang mendapat jumlah tontonan paling tinggi.

Iklan

Kejayaan muzik video How You Like That yang meraih jumlah tontonan sebanyak 86.3 juta dalam masa sehari dimuat naik itu sekali gus mengetepikan rekod sebelum ini yang dipegang oleh kumpulan BTS menerusi muzik video lagu Boys With Luv dengan jumlah tontonan sebanyak 74.6 juta dalam tempoh yang sama.