Bob eratkan hubungan dengan rakan-rakan serumah

MEMASUKI minggu ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, penyanyi Bob Yusof cuba memanfaatkan sebaiknya masa yang ada untuk membuat latihan sendiri di rumah.

Bob yang tampil dengan single terbaharunya, Dan Hari Ini pada awal Mac lalu mengambil kesempatan tersebut dengan meluangkan masa untuk menelaah pelbagai jenis lagu sebagai rujukan untuknya.

Iklan
Iklan

“Rakan-rakan serumah saya bekerja dari rumah semenjak PKP dilaksanakan sehingga suasana di rumah sudah jadi macam pejabat.

“Jadi saya juga mengambil pendekatan yang sama untuk bekerja dari rumah dengan membuat latihan nyanyian seperti biasa, selain menelaah pelbagai lagu yang sebelum ini tidak sempat dilakukan kerana banyak terlibat dengan aktiviti di luar.

“Masa ini juga saya gunakan untuk membuat perancangan kerjaya seni saya sehingga hujung tahun. Kiranya masa yang ada ini digunakan dengan sebaiknya dan ternyata ada hikmah di sebalik pelaksanaan PKP ini,” ujar Bob kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, kata Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Yusof, tempoh kuarantin di rumah juga digunakan untuk mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan serumahnya yang sebelum ini sibuk dengan aktiviti masing-masing.

“Daripada hanya makan dan tidur, kami semua cuba cari aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama dan melibatkan semua orang.

“Jadi kita sepakat untuk masak sama-sama dan bergotong royong kemas rumah.

“Paling best buka kotak permainan Saidina dan isi masa dengan main benda yang dah lama tak main. Sekurang-kurangnya ada benda yang kita seronok untuk lakukan sama-sama,” kata Bob.

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

Redza Syah Azmeer kongsi gambar bernikah lagi, status Irma Hasmie jadi tanda tanya. ‘Perjalanan baharu telah bermula…’

RUMAH tangga pelakon dan hos terkenal, Irma Hasmie kembali menjadi perhatian apabila suaminya, Redza Syah…

1 hour ago

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

1 day ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

2 days ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

2 days ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

2 days ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

2 days ago