GOLONGAN hijabi yang mencari koleksi fesyen konsep ringkas, moden dan stailo jenama Bokitta mungkin antara pilihan ideal.

Jika sebelum ini label ‘kelahiran’ Beirut, Lubnan itu popular dengan variasi tudung segera (instant), namun kini sebaliknya.

Seiring peredaran fesyen semasa dan cita rasa pengguna yang gemar membeli-belah di bawah satu bumbung, Bokitta memperluaskan empayar dengan menawarkan seleksi baju-T.

Koleksi pakaian yang hadir dalam pelbagai desain, potongan dan warna itu terdiri daripada Lotus, Calla Lily, Pansy dan Peony.

 

bokitta
KOLEKSI baju-T Bokitta seperti Lotus, Calla Lily, Pansy dan Peony hadir dalam pelbagai desain, potongan dan warna. Foto: Instagram @bokitta_lovers

Menurut Pengarah Urusan A & A Empire Sdn Bhd, Datin Ayu Roslan, pakaian tersebut selesa digayakan wanita tempatan kerana diperbuat daripada 100 peratus fabrik kapas organik.

“Material yang digunakan bersesuaian dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun di negara ini. Bukan itu sahaja, ia juga cantik disuai padan bersama hijab Bokitta motif flora baik nuansa terang mahupun pastel.

“Bertambah menarik, baju-T Bokitta juga tampak stailo digayakan ke pejabat, bersantai, menghadiri majlis formal ataupun minum petang,” katanya pada Majlis Pelancaran Bokitta KLCC di Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan
bokitta
SELAIN pejabat baju-T Bokitta juga tampak stailo digayakan ketika bersantai, menghadiri majlis formal ataupun minum petang. Foto: Instagram @bokitta_lovers

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif A&A Empire Sdn Bhd, Aniza Shahadan dan barisan selebriti tempatan.

bokitta
AYU (empat dari kiri) dan Aniza lima dari kiri) bersama selebriti yang hadir pada Majlis Pelancaran Bokitta KLCC di Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sejajar dengan lokasinya di gedung terkemuka negara, butik Bokitta KLCC menerapkan ruang dekorasi dan susun atur eksklusif untuk keselesaan pelanggan tatkala membeli-belah.

Bagi pencinta Bokitta yang tidak berkesempatan mengunjungi butik usah bimbang kerana Bokitta menawarkan perkhidmatan beli-belah atas talian.

Iklan

Instagram:@bokitta_lovers