HALBA memang diakui kehebatan khasiatnya malah sering digunakan dalam makanan, tidak kurang juga dijadikan air rebusan kesihatan dalaman wanita.

Kebanyakan daripada kita tidak pernah langsung tahu tentang kewujudan halba ini, jadi pasti tidak pernah terfikir bahawa halba boleh dijadikan skrub kecantikan harian.

Tip kecantikan ini asalnya daripada petua orang Arab. Patutlah orang Arab kebanyakan muka flawless je. Ini rahsia mereka rupanya, jadi petua ini cukup berkesan bagi mereka yang ingin memiliki kulit smooth dan awet muda. Jom ikuti langkah dan caranya!

Khasiat halba untuk kulit:
1.  Biji halba mengandungi protein, vitamin C, niasin, kalium dan diosgenin (yang merupakan sebatian yang mempunyai ciri-ciri dengan estrogen)
2. Komponen aktif lain dalam halba adlah alkaloid, lisin dan L-trytophan serta saponin.
3. Khasiat kandungan ini semua membantu melembutkan kulit serta mengelakkan kulit menjadi kering dan merawat masalah jerawat sangat mujarab.

Bahan-bahan:
– Halba
– Putih telur

Cara-cara:
– Kisar halba sehingga menjadi serbuk. Masukkan serbuk halba dalam putih telur dan kacau rata.

tip cantik

– Sapu pada muka atau tangan dan biarkan kering kemudian bilas dengan air suam.

Iklan

tip cantik

– Amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan kulit yang anjal. Anda juga boleh gantikan serbuk halba ini dengan pencuci muka atau campur ke dalam pencuci muka anda. Cubalah kerana bahan ini semula jadi dan tiada sebarang chemical jadi lebih selamat.

Iklan

Sumber: Fb Sumaiyah Abdullah
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif