KEMUDAHAN dan lokasi menarik pun banyak, jadi aktiviti melancong dan berjalan-jalan menjadi perkara biasa dalam ramai kalangan kita.

Tipulah jika kata tak seronok dengan aktiviti yang satu itu. Yalah… korang dapat menjauhkan diri daripada kehidupan biasa, di samping melupakan seketika tugasan dan masalah.

Masakan tidak, melancong adalah tentang keseronokan dan kegembiraan, tentang rehat dan ketenangan.

Jadi, hari ini SinarPlus nak kongsi dengan korang tip khusus buat kaum hawa yang gemar melancong agar hari-hari percutian korang lancar dan mudah diurus. Tak kisahlah travel solo atau ramai-ramai.

1. Elak pakai barangan berharga

SinarPlus nak pesan, masa korang travel, kalau boleh tak payahlah bawa rantai, gelang ataupun jam mahal-mahal. Bukan apa, sebabnya barangan tersebut boleh menjadikan korang sebagai target kepada perompak.

Lagi satu, sebab masa travel ni korang akan sentiasa bergerak ke banyak tempat. Jadi ada potensi barang-barang korang yang bernilai tu nak tercicir ataupun tertinggal dekat mana-mana.

2. Bawa tudung ironless

Nak mudah, bawa sahaja tudung yang tak perlu digosok. Korang kena sentiasa ingat, dekat tempat penginapan tak semua tempat ada iron. Jadi lebih baik bawa tudung atau shawl yang tak perlu iron. Bukan itu sahaja, ia dapat jimat masa korang nak bersiap tu nanti. Dalam masa yang sama, kalau boleh bawa baju yang tak perlu digosok juga. Kan mudah!

Artikel berkaitan: 5 cara nikmati percutian mewah tanpa korbankan keseluruhan wang simpanan

Iklan

3. Bawa barang yang jimat ruangkan ruang dan ringan

Nak menikmati percutian tanpa banyak helah, cuba minimakan barangan yang dibawa. Korang boleh cari barang-barang yang jimatkan ruang beg korang dan juga ringan. Jika masih banyak ruang beg tu, kan senang nak shopping. Boleh simpan barang-barang tau…

4. Jangan tinggal barang ‘peribadi’

Jangan lupa bawa toiletries korang, tapi jangan la bawa syampu dan sabun satu botol besar tu pula ya… Nak senang, carilah botol yang bersaiz kecil atau bawa saja travel pack. Banyak je ada jual dekat kedai-kedai drugstores tu. Lagi satu, jangan tinggal pula barang ‘peribadi’ sendiri seperti tuala wanita. Maklumlah orang cakap sediakan payung sebelum hujan. Jika tak guna untuk diri sendiri, mana tahu boleh pinjamkannya kepada rakan lain yang terlupa.

5. Pakai kasut yang selesa dan sesuai

Bila travel ni korang akan banyak sangat berjalan. Boleh capai angka berpuluh-puluh ribu langkah tau! Jadi, pastikan pakai kasut yang selesa dan sesuai. Ini tip travel yang penting. Jangan lupa pakai stoking juga tau, kalau tak nanti melecetlah kaki korang.

Iklan

Selamat merehatkan diri!

Sumber: kakitravel.net