Canon perkenal mesin pencetak Cable ID Mk1500

canon pencetak
canon pencetak
A
A
A

CANON memperkenalkan pencetak Cable ID Mk1500 yang menawarkan penyelesaian pencetakan lebih meluas bagi memenuhi keperluan pasaran semasa.

Pencetak Cable ID menghasilkan label berlengan untuk pengkabelan dan menampilkan ketahanan percetakan terma, papan kekunci sentuhan dan paparan LCD cahaya belakang yang mudah dilihat.

Selain itu, ia menggabungkan ciri mudah alih dengan pelbagai fungsi, sekali gus menjadikan pencetak terbabit sesuai digunakan untuk kerja-kerja baik di dalam dan mahupun di luar bangunan.

Menariknya, pencetak Mk1500 mampu mencetak hingga 25mm sesaat yang menyokong resolusi pencetakan sebanyak 300 dpi dengan tiga kelajuan. Pengguna juga berpeluang melaras berdasarkan keperluan di lokasi bagi hasil cetakan yang tepat.

Bukan itu sahaja, antara kelebihan produk tersebut adalah menampilkan pelbagai corak cetakan seperti pembingkaian dan orientasi karakter terpilih.

Ia termasuklah, ketetapan mencetak secara berturut teks yang sama pada setiap segmen dan pencetakan siri mencetak nombor menaik secara automatik apabila setiap segmen dicetak.

Sementara itu, Mk1500 turut menyediakan versatiliti yang tinggi untuk sokongan media cetakan.

Ia membolehkan pengguna mencetak ke atas bahan seperti tiub PVC lembut atau tiub susut haba1, pita lilit, jalur ID 4mm dan plat2 yang boleh didapati secara komersial.

Prestasi keseluruhan dan cara penggunaan pencetak Cable ID Canon Mk1500 yang mudah memberikan kelajuan dan produktiviti diperlukan dalam proses identifikasi kabel.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca