SUSHI merupakan antara makanan Jepun yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Namun, terdapat juga dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang teringin nak makan sushi tapi tidak kena dengan selera dan ‘tekak melayu’masing-masing.

Hal ini kerana nasi yang digunakan untuk membuat sushi ini agak manis. Jadi, inilah caranya untuk anda buat sushi ikut selera tekak anda dan boleh dijadikan makanan untuk seisi keluarga!

Cara mudah buat Sushi Ikut ‘Tekak Melayu’

Iklan

Bahan-bahan:
1. Beras sushi atau beras biasa (kalau nak guna beras biasa, masak lebihkan air supaya nasi lembik jadi sedikit)
2. Kiub ayam
3. Telur dadar (digoreng dan dipotong memanjang)
4. Garam dan gula
5. Sosej/Isi ketam
6. Tuna
7. Lobak dipotong memanjang dan dicelur sekejap
8. Timun dipotong memanjang
9. Seaweed
10. Plastik (untuk menggulung)

Cara penyediaan:
Sewaktu nak masak nasi, masukkan kiub ayam, garam dan gula kemudian gaul sebati. Alas plastik atas papan pemotong dan letak kan seaweed, nasi (dinipiskan) kemudian letak bahan-bahan di atas nasi dan gulung menggunakan plastik yang disediakan. Gulung bagi kemas supaya mudah kita nak potong sushi itu nanti! Makan dengan sos dan lada hitam!

Iklan

Mudahkan? Kalau anda sejenis yang tak makan sushi mungkin kerana ada ‘topping’ yang mentah dan sebagainya, tapi jangan risau anda boleh cuba resipi ini!

Sumber: Fb Caca Yunus/Unsplash
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif