ANGGOTA  kumpulan De Fam, Cik Manggis mencuri perhatian ramai sejak beberapa hari lalu apabila memuat naik fotonya yang bertudung litup di laman Instagram sehingga mengundang tanya tanda ramai adakah dia kini sudah berhijab.

Menerusi laporan sebuah portal hari ini, anggota kumpulan De Fam itu mengakui kini sudah tampil mengenakan hijab mulai Ahad lalu.

Menurut Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsudin, 31, dia sudah lama menyimpan niat untuk bertudung cuma ia dilakukan secara perlahan-lahan sehinggalah mengambil keputusan untuk berhijab penuh.

“Kita semua hidup dalam proses memperbaiki diri. Setiap hari kita mahu menjadi yang lebih baik.

“Jadi saya mahu mendirong diri menjadi lebih baik dalam pelbagi aspek,” katanya sebagaimana dilaporkan.

Bagaimanapun, Cik Manggis menegaskan penghijarahannya itu bukan halangan untuknya terus aktif dalam dunia seni dan akan terus bersama kumpulan De Fam dengan projek terbaharu mereka yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Iklan

Penampilan terbaharu Cik Manggis bukan sahaja mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Syazmin Firdaus Aminudin, tetapi juga rakan-rakan artis dan peminat yang tidak ketinggalan memuji dan menitipkan doa agar terus istiqamah.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Cik Manggis)