SETIAP hari, pastinya ada di antara kita yang akan keluar dari rumah untuk ke tempat kerja mahupun membeli keperluan harian.

Ketahuilah baju dan cadar pun boleh jadi ejen penyebaran virus wabak berkenaan tau!

Pastikan anda mengikut tip penjagaan kebersihan baju dan cadar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disarankan di Portal Public Health Malaysia ini.

Tempat dan ruang tempat tidur mestilah bebas daripada sebarang kekotoran di luar rumah.

Ini bermaksud, selepas pulang ke rumah, jangan terus baring di katil atau sofa tau! Pastikan destinasi pertama yang perlu dituju adalah ke tandas dan segera bersihkan diri dengan mandi.

Selain itu, pakaian yang telah dipakai tadi pastikan ia dibasuh dengan sabun dan dijemur di bawah matahari atau menggunakan mesin pengering pakaian dengan suhu yang tinggi.

Iklan

Dalam pada itu juga, pakaian boleh dibasuh dengan menggunakan air panas bersuhu 60 ke 90 darjah Celsius.

Iklan

Jom amalkan langkah pencegahan Covid-19 ini. Jika tiada keperluan, duduk di rumah sahaja tau!

Sehingga semalam, kes baru yang direkodkan akibat Covid-19 adalah seramai 69 orang dengan dua kematian.