UMUM maklum baru-baru ini negeri di Pantai Timur telah dilanda banjir.
Ekoran kejadian tersebut, dilaporkan ratusan pelancong terkandas selama tiga hari di Pulau Perhentian, Terengganu dek cuaca buruk.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Bagaimanapun mereka dibenarkan pulang pada Isnin lalu selepas cuaca di negeri itu beransur baik.
Pun begitu, menurut laporan media tempatan, kini semua lima pulau di Terengganu boleh kembali dikunjungi dengan selamat. Antaranya;
1. Pulau Perhentian
2. Pulau Redang
3. Pulau Lang Tengah
4. Pulau Kapas
5. Pulau Tenggol
Ketua Polis Negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, orang ramai tidak perlu menangguh atau membatalkan percutian di lima pulau tersebut kerana cuaca kini telah pulih.
Katanya, setakat ini kelima-lima pulau pelancongan berkenaan telah beroperasi seperti biasa.
Baca juga Kuantan 188, menara kedua tertinggi di Malaysia daya tarikan Pahang
Sementara itu, ini senarai tempat menarik di negeri Terengganu Darul Iman untuk korang kunjungi;
1. Drawbridge Terengganu - Jambatan angkat Terengganu pertama di Asia
2. Masjid Kristal - kini dalam baik pulih
3. Pulau Warisan
4. Tasik Kenyir medan alam semula jadi
5. Masjid terapung, Masjid Tengku Tengah Zaharah
6. Pusat Budaya Kraf Terengganu
7. Muzium Negeri Terengganu
8. Taman Tamadun Islam Terengganu
9. Pasar Payang - tempat semua produk Terengganu
10. Istana Rasmi Sultan Terengganu, Istana Maziah
11. Pantai Batu Buruk
12. Taman rekreasi Pulau Kekabu
13. Air Terjun Sekayu
14. Chinatown, Kuala Terengganu
15. TTI River Cruise
Baca juga Cantik! Pantai Floria Putrajaya kini sudah dibuka, ini 8 foto keindahan
16. Pusat Sains Kreativiti Terengganu
17. Kolam Air Panas La di Jertih, Besut
18. Zoo Kemaman
19. Kelip-kelip Sungai Yah Yah, Kemaman
20. Pusat Santuari Penyu Rantau Abang