TIMUN selain daripada sedap dimakan, boleh juga digunakan sebagai bahan semula jadi untuk kecantikan. Antaranya menyegarkan mata dan juga boleh dijadikan face mask.

Cuma mungkin tidak begitu popular adalah timun juga boleh dijadikan sebagai penyegar wajah atau face mist spray. Boleh buat sendiri di rumah face mist ni! Jom cuba.

Bahan-bahan:

Timun
Lemon
Botol spray

Cara penyediaan:

Potong kecil-kecil timun kemudian rebuskan dengan air sedikit. Jangan lama sangat sebab timun ketegori sayur jadi kalau rebus lama-lama vitamin timun akan hilang.

Apabila timun sudah lembut sedikit dah boleh terus diangkat.

Sejukkan timun kemudian blend timun tadi dengan sedikit air rebusan, jangan terlalu banyak sangat airnya.

Face mist
POTONG timun kecil-kecil dan rebuskan dengan sedikit air, kemudian kisarkan.

Bagi mereka yang ada jerawat atau sunburn digalakkan untuk perah lemon sedikit sebab lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.

Face mist
PERAHKAN lemon sedikit kerana fungsinya yang boleh mencerahkan kulit dan mematikan jerawat.

Langkah yang terakhir masukkan air timun tadi ke dalam botol spray. Botol kecil seperti ini anda boleh beli di Mr DIY atau kedai Eco.

Iklan

Dah siap, boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan selama 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan jadi lambat akan basi. Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Bila dah pakai tak perlu bilas. Anda biarkan kering sahaja di muka.

Face mist
AIR timun ini boleh tahan selama 2 minggu.

Selain membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit, face mist digunakan sebelum dan sesudah makeup bagi menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama. Jika wajah mempunyai jerawat kemerahan atau sensitif, ia dapat meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.

Selamat mencuba!

Iklan

Sumber: Facebook Tengku Wdec

Penulis:Fatin Syazwani Mohammed Hanif