Doktor kongsi detik bayi dijangkiti Covid-19. Ingat, jangan suka-suka cium bayi!

KEHADIRAN orang baharu memang akan membuatkan ibu bapa, malah sanak saudara, kawan-kawan mahupun jiran akan teruja.

Disebabkan sekarang prosedur operasi standard dilonggarkan, maka upacara kunjung mengunjung semakin kerap dilakukan. Ya lah, adat orang kita kan.

Niat itu sangat baik, namun terdapat beberapa perkara yang anda tidak boleh dilakukan kepada bayi lagi-lagi pada waktu pandemik begini. Ditambah kes positif semakin mencanak naik.

Bukannya cerewet apalagi sombong, tetapi mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Baru-baru ini, Pegawai Perubatan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Dr Redza Zainol berkongsi pengalamannya di laman Twitter rasmi beliau mengenai hal yang sedikit lebih kurang sama.

Ujarnya, beliau menerima satu kes yang menyaksikan seorang bayi yang berusia 25 hari yang dilaporkan sudah dua hari mengalami demam.

Iklan
Iklan

Baca juga Ini komplikasi yang boleh dihadapi jika si kecil tiada vaksin Covid-19. Kenali MISC dengan lebih terperinci

Ceritanya, nafas bayi tersebut laju dan dada si cilik itu seakan berombak.

“Walaupun dilihat masih kuat menyusu, tetapi bayi itu sudah tidak seaktif seperti sebelumnya. Malah, awal pagi semalam (baru-baru ini), nafasnya semakin laju,” beritahunya.

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya bayi berkenaan terkena jangkitan Covid-19.

“Ibu bayi tersebut baru tahu bahawa saudara-mara yang datang melawat bayinya positif Covid-19,” katanya.

Mengambil pengajaran terhadap situasi itu, menerusi bebenang Twitternya, Dr Redza Zainol menyelitkan beberapa perkara yang kita tidak perlu lakukan ketika melawat bayi. Antaranya:

i. Elakkan memegang atau mencium bayi tanpa izin ibu bapa bayi itu.

– Sistem imun bayi masih belum matang dan lebih mudah dijangkiti sebarang penyakit.
– Merujuk Hello Doktor, bayi hanya dibekalkan antibodi yang disalurkan oleh ibu mereka tiga bulan terakhir sebelum kelahiran. Oleh itu, si kecil mudah terdedah dengan sebarang jangkitan yang boleh mendatangkan penyakit.

ii. Elakkan menyentuh bahagian luar pelitup muka yang telah dipakai pada muka atau anggota badan bayi.

– Bahagian luar pelitup muka telah terdedah dengan kotoran dan kuman selama beberapa jam atau hari.

iii. Elakkan menyuap bayi dengan makanan atau minuman tanpa izin mak ayahnya.

iv. Perokok ada risiko bawa third hand smoke pada bayi.

– Partikel asap rokok pada badan perokok itu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi.
– Bayi yang terdedah pada third hand smoke

berisiko untuk mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS).
– Individu yang merokok perlu menjauhkan diri ketika melawat bayi.

v. Elakkan kejut bayi ketika sedang tidur.

– Perlu mempunyai sikap timbang rasa kerana kemungkinan si ibu bersusah payah untuk menidurkan bayinya.
– Perkara sebegini juga boleh menyebabkan si ibu ‘naik gila’ sehingga berlakunya Postpartum depression.

Pesan Dr Redza, beliau faham kadangkala kita rasa sangat teruja dengan kehadiran bayi yang baru lahir, namun perkara yang dikongsikannya itu perlu dipatuhi untuk mengelak masalah pada kemudian hari.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Justeru, SinarPlus berharap masyarakat lebih peka mengenai isu itu. Ia bukan remeh, tetapi penting!

Jangan pula berkecil hati jika si ibu melarang mencium anaknya. Hormati keputusan mereka untuk melindungi si kecil.

Jika bayi sakit, bukankah ibu dan bapanya juga yang akan resah? Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua. Sama-sama beringat.

#kitajagakita #putuskanrantaianCovid19

Share
Nur Suhaima Nordin

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

1 min ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

3 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

3 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

4 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

9 hours ago