MEMENUHI permintaan ramai, iflix kini menyajikan sebuah drama bersiri  popular Korea yang kini sedang hangat diperkatakan, The World of the Married secara percuma.

Drama tersebut mencipta sejarah JTBC apabila berjaya merekodkan rating tertinggi sewaktu episod pertama bersiaran, trending di laman sosial setiap kali tayangan.

Turut mencatatkan rekod tersendiri, pada episod keenam, The World of the Married juga berjaya mendapat purata rating yang memberangsangkan iaitu sebanyak 18.8 peratus di seluruh negara dan 21.4 peratus bagi kawasan metropolitan Seoul.

The World of the Married mempunyai kualiti dan tarikan tersendiri  dengan jalan cerita yang penuh emosi, sehingga mendapat sambutan luar biasa penonton.

Drama lakonan Kim Hee-ae, Park Hae Jun dan Park Sun-young itu mula ditayangkan di iflix bermula semalam.

Iklan

Sementara itu, filem Indonesia, Pengabdi Setan yang merupakan salah satu judul filem kegemaran ramai juga yang akan ditayangkan di iflix secara secara percuma bermula 7 Mei nanti.

 

Iklan

(FOTO: iflix)