PEMAKAIAN pelindung matahari atau lebih dikenali sebagai sunscreen adalah sangat penting dalam penjagaan wajah kulit kita. Sunscreen merupakan produk yang paling bagus untuk anti-penuaan.

Tidak perlu memakai sunscreen yang mahal-mahal pun untuk lindungi kulit kita daripada matahari, cukuplah sunscreen harga yang berpatutan dan memberi kesan yang sama.

Kenapa kita perlu memakai sunscreen?
1. Tak nak kulit kita nampak kusam, tak bermaya, gelap ataupun surnburn
2. Tak nak kulit kita berkedut atau nampak tua
3. Tak nak ada penumbuhan jeragat (Kebanyakkan punca utama jeragat adalah disebabkan tidak memakai suncreen)
4. Tak nak kulit kita terdedah kepada kanser kulit

Jadi sekarang ini anda tak keluar rumah pun disebabkan kawalan pergerakan yang ketat ketika ini oleh pihak kerajaan, jadi persoalannya masih perlu ke kita untuk memakai sunscreen ketika duduk di rumah?

Ini jawapannya:

1. Tidak perlu pakai sunscreen kalau duduk di rumah yang tidak terbuka langsung pintu dan tingkap, ataupun bangunan yang tidak terdedah cahaya matahari. Secara ringkas, langsir pun tak buka, bergelap gelita dan guna lampu sahaja daripada pagi sampai malam. Cahaya matahari pun anda tak nampak. Jadi tidak perlu pakai sunscreen pun tidak mengapa sebab kulit anda tak terdedah cahaya matahari.

2. Perlu pakai sunscreen kalau duduk rumah tetapi buka tingkap, cahaya matahari masuk dan tingkap rumah anda tiada perlindungan daripada UV. Kalau anda tak nak pakai sunscreen, pakai pelembap yang mempunyai SPF15-30 sudah cukup memadai.

sihat cantik

Iklan

3. Perlu dan wajib memakai sunscreen kalau anda duduk rumah tetapi anda keluar sekejap. Bermaksud anda keluar rumah untuk jemur kain, ambil barang daripada pos laju ataupun keluar siram pokok sebentar. Apabila anda keluar rumah walaupun sekejap, kulit anda sudah terdedah dengan cahaya matahari. Jadi, perlulah memakai sunscreen untuk melindungi cahaya UV. Untuk kegunaan harian anda boleh memakai sunscreen SPF30 sahaja sudah mencukupi tetapi harus memakai secukupnya iaitu dua jari.

sihat cantik

Iklan

Jika sekarang ini anda masih sering merasa malas untuk memakai sunscreen di rumah atau di luar rumah, belum terlambat lagi untuk anda memulakan rutin ini dari sekarang. Setidaknya anda dapat mengurangkan risiko terjadinya kanser kulit mahupun permasalahan kulit lain pada masa akan datang.

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif
Sumber: imanabdulrahim, hellosehat