RATU rock negara, Ella, meluahkan rasa teruja apabila lagu nyanyiannya, Standing In The Eyes Of The World telah dipilih oleh kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur sempena sambutan kemerdekaan AS yang disambut setiap 4 Julai.

Lagu yang pernah dirakam apda 1998 itu telah digubah semula oleh komposer terkenal, Helan Yap dan diberi nafas baharu, termasuk alunan tiupan seruling daripada Mohar.

“Ella teruja kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur memilih lagu Standing In the Eyes Of the World sempena menyambut hari kemerdekaan mereka

“Kerjasama istimewa ini merupakan diplomasi kebudayaan yang menampilkan pemuzik dan artis dari kedua negara.

“Atas semangat bersama ini terhasillah rakaman terbaharu kolaborasi untuk lagu Standing in the Eyes of the World,” kongsi Ella menerusi laman Intsgram miliknya.

Pihak kedutaan negara AS du Kuala Lumpur itu turut melancarkan muzik video baharu lagu tersebut pada 3 Julai lalu dan kini meraih lebih 70,000 jumlah tontonan di laman YouTube.

Iklan

“Muzik video ini menampilkan Ella, Zee Avi dan beberapa alumni program American Music Abroad, sebuah program pertukaran tajaan kerajaan Amerika Syarikat yang menghantar pemuzik mereka ke seluruh dunia setiap tahun,” ujar penyanyi Sembilu itu lagi.

Selain Ella dan Zee Avi, antara pemuzik yang turut terlibat dalam projek ini ialah Muhardiman Ismail, Tony Memmel, Gabrielle Stravelli serta Chris Rossi.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Ella)