PELAKON Emelda Rosmila telah memfailkan saman dan menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta terhadap pelakon, Zarina Anjoulie.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlie itu turut menuntut ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang pelakon itu atau mana-mana ejennya menerbitkan semula kenyataan fitnah terhadapnya yang diterbitkan.

Emelda juga menuntut permohonan maaf daripada Zarina dan ia perlu disiarkan di media cetak, Facebook dan Instagram pelakon itu.

Isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlee itu juga memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman dan pernyataan tuntutan oleh Zarina.

Bukan itu sahaja, adik kepada Datin Emylia Rosnaida itu menafikan pembabitannya dalam mengeluarkan fitnah terhadap Zarina melalui aplikasi Telegram Persatuan Seniman dan juga Instagram miliknya.

Saman dan tuntutan balas itu diserahkan kepada peguam Zarina pada 9 Jun lalu dan Emelda kini menyerahkan perjalanan kes kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran yang sahih.

Iklan

Konflik antara Emelda dengan Zarina mula tercetus ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dilaksanakan akibat krisis Covid-19 melanda duni.

Iklan

Pelaksanaan itu dikatakan memberi kesan kepada industri hiburan tanah air dan cadangan untuk mendapatkan bantuan khas sehingga timbulnya pertelingkahan sesama penggiat seni.