PENYANYI Hetty Sarlene berkongsi berita gembira, kini hamil anak pertama selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Lebih bermakna, kehamilan itu juga menjadi hadiah istimewa sempena sambutan hari ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Daniel Oakes, minggu depan.

“Kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat minggu depan. Untuk menjadikan sambutan kali ini lebih teruja, kami ingin berkongsi berita gembira yang kami bakal menimang anak pertama.

“Ini menjelaskan kenapa saya senyap buat seketika,” ujarnya.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di Instagram miliknya pada Selasa, Hetty, 36, memuat naik fotonya bersama suami sambil memegang papan tulis yang tertera tulisan Januari 2021.

Ia sekaligus memberi bayangan penyanyi Sangsi Asmara itu bakal melahirkan cahaya mata sulungnya pada awal tahun depan.

Dalam pada itu, Hetty turut menjelaskan dia mengalami alahan yang teruk di awal tiga bulan kehamilannya.

Iklan

Bagaimanapun, bintang asal Singapura itu akan mengambil serius nasihat yang diberikan agar mendapatkan rehat yang cukup selepas ini.

Hetty dan Daniel atau nama Islamnya, Dani Aaqil berkahwin pada 23 Julai 2016.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Hetty Sarlene)