PELAKON dan pelawak, Enot , tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan teruja apabila menimang cucu pertamanya, semalam.

Menurut Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 42, anak perempuannya Andriana Balqis, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5 kilogram (kg) secara normal.

“Alhamdulilah, anak saya dah selamat melahirkan baby girl 2.5kg.

ENOT BERSAMA ANAKNYA
Enot bersama anaknya.

“Syukur Ya ALLAH dua-dua sihat… Terima kasih semua yang mendoakan anak saya dan cucu saya.

“Now I’am officially  Tokmamok… Alhamdulilah terima kasih Ya ALLAH atas nikmat ini” kongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan

Terdahulu, Andriana, 19, mendirikan rumah tangga pada Mac 2019.

Selain Andriana, Enot yang pernah berkahwin sebanyak dua kali juga merupakan ibu tunggal kepada Ariana Qaseh Qistina, 13 tahun.

Iklan

https://www.instagram.com/p/B-pRQM0nYhx/?utm_source=ig_web_copy_link