PENYANYI Ernie Zakri mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengisi masa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang kini sudah masuk hari keenam.

Menurut pelantun lagu Ku Bersuara ini, meskipun berada di rumah, dia masih membuat latihan dan persediaan untuk beberapa persembahannya yang ditangguhkan akibat penularan wabak Koronovirus (Covid-19).

“Sebenarnya banyak juga kerja-kerja yang saya buat di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkaitan kerjaya seni.

“Memandangkan banyak persembahan yang dirancang tertunda sementara sebelum ini, jadi saya banyak buat latihan dan persediaan untuk persembahan tersebut.

“Jadi masa saya banyak terisi dengan aktiviti-aktiviti berkaitan nyanyian. Macam kerja biasa juga, cuma dilakukan di rumah. ,” ujar Ernie kepada Sinar Plus.

Selain itu, kata Ernie, dia turut mengambil peluang tersebut untuk melakukan hobinya yang selama ini jarang dapat dilakukan kerana kesibukan kerja.

Iklan

“Saya sempat tengok drama Korea dan baca buku. Selama ini sibuk dengan kerja menyebabkan saya jarang mempunyai peluang untuk lakukan aktiviti ini.

Iklan

“Apa pun paling penting masa saya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini banyak dihabiskan bersama keluarga.

“Saya rasa inilah masa yang paling tepat sekali untuk saya bersama mereka memandangkan selama ini terlalu sibuk dengan aktiviti kerjaya di luar,” katanya.