Home Hiburan Ernie Zakri kini berhijab

Ernie Zakri kini berhijab

0
Ernie Zakri kini berhijab

PENYANYI Ernie Zakri berkongsi perkembangan terbaharu dirinya yang kini tampil bertudung menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagramnya semalam.

Pelantun lagu Gundah itu memohon agar orang ramai mendoakan agar dia terus istiqomah dan menjadi insan yang lebih baik selepas ini.

Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, mengakui telah lama menyimpan niat untuk mengenakan tudung, malah sebelum dia menunaikan umrah lagi.

Namun hanya ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, niat tersebut terlaksana.

“Sebagai manusia biasa, sudah pasti saya inginkan yang terbaik dalam hidup. Jadi penghijrahan ini adalah pilihan saya.

Iklan

“Alhamdulillah, doakan yang terbaik pada saya dan paling penting kekal istiqomah. Saya berkongsi perkara ini supaya ia dapat memberi inspirasi dan aura positif pada orang lain juga,” katanya sebagaimana dilaporkan sebuah portal.

Iklan

Penampilan terbaharu Ernie itu bukan sahaja menarik perhatian para peminat, tetapi juga rakan-rakan selebriti yang turut sama gembira dengan penghijrahan tersebut menerusi kata-kata positif yang ditinggalkan di ruangan komen.